LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 3, 2011

Roti Kentang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 


Jangan jemu ya jika tiap tiap hari Cm tayang roti kat dapur Cm ni.Sebenarnya beberapa hari  yang lepas Cm beli 2 kg tepung roti kat Yummy Bangi,jadi bila masuk dapur je terpandang  tepung tu dan" ternampak" mesin roti terus nak buat roti.(ter maknanya tak sengaja hehe tipu ) Selagi tepung roti tu tak habis selagi tu lah orang dalam rumah ni kena makan roti tiap-tiap hari...Roti ni untuk sarapan besok:)....Resepi asalnya sila ke blog RinnChan. terima kasih Rinn


Kastad
1 tbsp tepung gandum.
1 tbsp tepung kastad.
4 tbsp gula kaster.
1 cawan susu segar.
1 biji telur.
2 biji kuning telur.
Secubit garam.
1 tbsp butter.

Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali butter.Bancuh sehingga sebati dan tidak berketu-ketul.Panaskan diatas api sehingga adunan pekat.Angkat dari api dan masukkan butter.Kacau hingga sebati dan berkilat.Masukkan kedalam beg ising.Ikat kemas-kemas dan ketepikan.


Roti:

300 gm tepung roti.
2 tsp yis segera.
3/4 tbsp susu tepung.
1 tsp garam halus.
70 gm gula kaster.
60 gm kentang lenyek.
1/2 biji telur(1/2 biji lagi untuk disapu pada roti)
135 ml air sejuk dari peti ais.
30 gm butter.


Cara-caranya:

  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam mesin roti dan uli hingga sebati dan kental.
  • Masukkan butter dan uli hinga kenyal.
  • Perapkan adunan sehingga naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh agar dapat keluarkan angin.
  • Bahagikan doh kepada 15 ketul saiz yang sama(lebih kurang 45gm seketul)
  • Bulat-bulatkan dan susun didalam dulang  yang telah disapukan dengan sedikit butter.
  • Perapkan selama lebih kurang 45 minit atau  sehingga dua kali ganda kembangnya.
  • Sapukan dengan lebihan telur tadi.
  • Paipkan dengan kastad dan bakar selama 20 minit atau sehingga roti masak.

11 comments:

  1. Salam kak cm!!! nak tumpang bf 2 ketul roti kentang tu yaaa :D lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt tak buat n tentulahh lamaaaaaaaaaaaaa jugak tak makan hihihi.... malas nak buat kastard dia tu jerrr :D

    ReplyDelete
  2. ohh...ni kegemaran mak saya. Baru tahu proses nak membuatnya. terima kasih cm.

    ReplyDelete
  3. entah2 kita terserempak masa kat yummy tu hehe..

    ReplyDelete
  4. kak nah nak ghoti hhehehe kak terima tak sms sy dah sms pasai jelutong market tu

    ReplyDelete
  5. suke ngan roti kentag. kalau buat ni saya sorang je yang sangat beriya iya makan. hehe

    ReplyDelete
  6. ika..tak yah buat ..meh sini Cm bagi roti kat cucu-cucu Cm tu hehe.

    ReplyDelete
  7. Malay Kadazan girl..Cm pun sangat suka roti yang begini.Jika ke Pasaraya giant mesti beli roti kentang ni.selalunya masih panas lagi.

    ReplyDelete
  8. kakpah..jika kita terserempak pastinya Cm akan tegur kakPah..sebab Cm mmg kenal kakPah dari Stf lagi..tapi Kak pah senior tak kenal junior hehe.

    ReplyDelete
  9. Chik Mi..terima kasih.akak dah bagitau Atiqa.Tapi buat sementara ni dia tinggal dengan kaknah hingga habis pantang.

    ReplyDelete
  10. izahdaut..jika tak ramai tukang makan baik beli je..nanti membazir.

    ReplyDelete