Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ini merupakan kali kedua Cm masak Roti Boy dan hasilnya Alhamdulillah.Sungguh berpuas hati jadi Cm nak kongsi dengan kawan-kawan terutama sekali buat Azie yang berada di Geneva.Selamat mencuba ya..jika dah buat jangan lupa beritahu Cm ya:)
Terima kasih pada Periuktanah kerana Cm ambik resepi inti dan toppingnya kat dapur Periuktanah.Minta dihalalkan ya:) dan terima kasih pada Ayinyin .Cm ambik resepi roti dari dapur Ayinyin.Kombinasi dua resepi ini telah menghasilkan Roti Boy yang sungguh sedap.Inti:
200 gm butter.
1/2 tsp esen vanila.
70 gm gula perang.
Cara-caranya:
Pukul bahan-bahan diatas hingga gebu dan masukkan kedalam plastik ising.Ikat kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk sementara nak siapkan bahan-bahan yang lain.
Topping:
100 gm butter.
80 gm gula halus.
2 biji telur (Cm guna telur grade C)
1 tbsp kopi segera.-bancuh dengan 1 tbsp air panas.
100 gm tepung gandum.
Cara-caranya:
Pukul butter dan gula halus hingga kembang.Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan tepung gandum dan kopi segera.Gaul hingga sebati.Masukkan kedalam bekas plastik ising.Ikat kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk sementara nak sediakan doh untuk roti.
Roti
210 gm tepung roti.
56 gm tepung gandum biasa.
20 gm susu tepung.
42 gm gula halus.
1/2 tsp garam halus.
6 gm yis segera.
2 biji kuning telur.
85 gm air.
84 gm water roux
22 gm butter.
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas yang sesuai kecuali garam dan butter.Uli hingga sebati dan kenyal.Kemudian masukkan garam dan butter,Uli lagi hingga semuanya sebati.
- Biarkan adunan selama 40 minit atau adunan naik dua kali ganda.
- Timbang adunan seberat 60 gm setiap biji-Cm buat dapat 9 biji semuanya.
- Bentukkan menjadi bulat-bulat dan perap selama 15 minit.
- Masukkan inti dan tutup dengan rapi .Biarkan sehingga adunan menjadi 2 kali ganda saiznya.
- Paipkan Topping diatasnya.Bakar hingga masak.lebih kurang 20-15 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
- selamat mencuba ya:)
tbau sampai sini la kak..sedap betul,tumpang tgk gambar je :)
ReplyDeleteCM...saya dok kumpul2 resepi neh dah melambak2..mcm2 versi...buatnya tak jugak...nk kena seru2 neh
ReplyDeleteThe roti looks tempting n soft
wow, wow, this look like store bought one, well done!
ReplyDeletesalam CM, pagi tadi baru cerita roti boy.. malam ni tengok lagi, kena buat ni...tapi sedih pernah dapat buat gebu camni.
ReplyDeleteYA ALLAH bestnya kak.. Nanti nak suruh adik buat kan.heee..
ReplyDeleteSedapnya...terliur di manakah nak mencari di sini?
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletekagum betullah dgn tangan yg pandai dgn tepung2 ni.... tgn amie kaku, buat kuih semua bantat he he... salam kenal ye, amie dah follow
nak satu....dah lama kita tak meroti...bz sesangat
ReplyDeleteSalam makcik manggis yg manissss...ank makcik dr siam dtg niii nak sarapan kat sini :D ada lg tak roti boy?? kita dah lama betul tak buat roti boy niii malas betul nak buat dia punyer inti dgn atasnyer tuu hihihi kalau ada yg dah siap kan senang kerja tggl nguli jerr :D
ReplyDeletewahh..cantiknya mexico bun..
ReplyDeletemacam yg dijual....
As'salam CM
ReplyDeletect memang suka roti boy ni. dulu kalau gi KLCC tu tak pernah miss mesti singgah dah beli samapi 5-6 ketul..tamak pulak tu.. hahaha sebab dah suka kan. sekarang dah ada resipi bolehlah buat sendiri. lebih jimat dan banyak dapat. Thanks CM untuk resipi ni :D
salam. sukanya tengok roti2 tu, buat Fa rasa semangat nak buat walaupun tak beli lagi oven...hehehehee
ReplyDeletememang sedap.. lagi sedap drpd kedai - tester
ReplyDeleteGEBUNYA..
ReplyDeletekakpah dah kopipes. tenkiu. roti girl takde ke..
ReplyDeleteroti boy my fav ni kak.....lama dah tak meroti suka buat roti ni bau harum jer masa bakar tu yg buat lagi tak sabar nk mkn tu..hehe
ReplyDeleteDeliah"s Deli...hehe tengok jangan tak tengok:)
ReplyDeleteMak Qis..buat lah Insyallah jadi.
Sonia..hehe thank you my dear Sonia:)
Syimama..Insyallah jika ikut resepi ni takkan menghampakan.
Yan..Suruh yan..Insyallah jadi :)
Malay kadazan Girl..cuba lah buat Diana.Insyallah jadi.Puas makan.Dapat 9 biji dengan satu adunan dalam resepi ini.
Amie..terima kasih ya:)
Nazrah bakery..boleh..boleh..nanti kita pos lajukan hehe
ReplyDeleteIka..alaa anak Cm yang jauh ni..roti ni aroy mak:)..buatlah inti dan toppingnya awal-awal.sehari sebelum dan simpan dalam peti sejuk.
Mas..makasih mas:)
Ct Delima..ya..dulu-dulu kena beratur panjang kt Klcc tapi sekarang merata-teata kedainya
FaAtip..eh lamanya tak dengar berita dari Fa..tak pe sementara belum beli oven datang lah kat dapur kita..makan makan:)
User..hehe belum bersalin lg ke:)
Norlie..sedap!(puji hehe)
KakPah..ok kakpah..roti girl?hehe
Nieza..ya la kan..baunya wangi btol..bau kopi:)
salam kak..saya follower akak yang baru..tak sabar nak cuba resepi akak :)))
ReplyDeleteakak..sy bru je buat roti boy smlm..the taste was really good..tp the looks..aihhh..sgt x berpuas hati..the topping seems like melting after few hours n x rangup mcm kat gambar akk ni..knapa eh kak..?..pls help me..hehe
ReplyDeleteakak..sy bru je buat roti boy smlm..the taste was really good..tp the looks..aihhh..sgt x berpuas hati..the topping seems like melting after few hours n x rangup mcm kat gambar akk ni..knapa eh kak..?..pls help me..hehe
ReplyDelete