LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu....

                                 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Mama selamat hari ibu..begitulah msg dari Atiqa....tak lama lagi dia pulak akan jadi seorang ibu..ibu muda.......Nah selamat hari ibu ....ucapan dari suami dengan pertanyaan..masak apa hari ni..hehe....Jun ini genap lah 30 tahun Cm bergelar isteri dan 29 tahun sebagai ibu...Selamat hari ibu buat kawan kawan yang bergelar ibu kat luar sana...

Mak selamat hari ibu ....bila sebut hari ibu Mak tak faham pun apa itu hari ibu.Tiap-tiap hari Cm akan menalipon mak kat kampung sekadar ingin mendengar suara yang nyaring kat hujung sana.Jika suara mak nyaring seperti biasa mak sihat.Alhamdulillah.Jika mak tak sihat pasti Cm dapat kesan sebaik saja mendengar suaranya.

Bila Cm talipon mak akan bercerita tentang apa yang berlaku kat rumah.."bergaduh" sayang dengan wan(ayah)....tadi Wan mu marah aku sebab lalu kat tepi ayamnya yang nak bertelur.....Wan mu(ayah kamu) suka ngatur(suka suruh itu dan  ini).....Wan mu ni beking(ayah garang).....dalam hidup Mak sekarang hanya melayan karenah Wan je.mereka berdua umpama isi dan kuku yang tak mungkin dapat dipisahkan kecuali mati. ...Wan umurnya dah mencecah 82 tahun dan emak pulak 72 tahun.

Selama ini Mak melayan karenah anak-anak 10 orang semuanya...tetapi bila semuanya dah ada keluarga sendiri hanya tinggal mereka berdua je kat rumah tu.......Aloh...Mok..Mok sobar la(Alah mak..Mak sabar je..)..kalu Wan marah pun buat-buat tak dengar je....itu lah yang selalu Cm cakap kat Mak jika dia mengadu tentang Wan......ayah Cm seorang yang panas baran tetapi sangat penyanyang......adik lelaki yang ke tiga seorang yang kuat melawak..bila Mak mengadu Wan garang adik Cm tu cakap...Mok maroh Wan kelik hehe.(mak marah la wan balik).....Kami adik beradik dah tahu sangat jika Wan dan mak bergaduh tak sampai sepuluh minit akan berbaik balik.....

Alhamdulillah kerana masih mempunyai kedua mak dan ayah.Insyallah minggu depan akan balik ke Kota Baharu untuk menziarahi mereka.Semoga mereka berdua memperolehi ketenangan,kesihatan yang baik dan umur yang diberkati dipenghujung perjalanan ini.Terima kasih Mak...Terima kasih Wan.....

6 comments:

  1. slmt hr ibu kak...dan jg utk 'mok' kat kb :)

    ReplyDelete
  2. Hepi mother's day to all lovely mothers on earth.

    ReplyDelete
  3. Happy Mother's Day to you too!!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya cm masih ada kedua2 orang tua,saya cuma ada ayah berumur tua 2 tahun dari wan cm.

    Selamat hari ibu buat cm.

    ReplyDelete
  5. SALAM..SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DAN YANG PUNYA IBU..SEMOGA KITA SEMUA MENJADI IBU YANG CEMELANG DUNIA AKHIRAT.

    ReplyDelete