Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Minggu lepas suami Cm bawa balik 2 ekor ayam kampung(organik) yang dibeli dari Mr.Tan pengedar ayam organik yang beliau temui di rumah sahabat kami di Bukit bandaraya.Harga untuk 2 ekor ayam ni adalah 1 Dirham bersamaan dengan rm 30 .Jangan tanya kenapa suami Cm beli dengan Dirham ya...nanti Cm akan ceritakan kemudian dalam n3 lain :)(bukan nak lari hehe)
Saiz ayam kampung ni kecil saja jadi Cm masak se ekor untuk makan tengahari kami empat beranak.(Along Cuti..selalunya kami bertiga je).Sepatutnya Rendang Cili Api mesti pedas tapi Cm masak agak-agak pedas je sebab semua kat rumah ni tak dapat makan pedas.Jadi kurang lah "kick'nya.....
Bahan-bahannya:
1 ekor Ayam kampung.
2 cawan santan kelapa.
1 inci halia-kisar
1 inci kunyit hidup.-kisar1 inci lengkuas.-kisar
10 ulas bawang merah.-kisar
2 ulas bawang putih.-kisar
1 biji buah keras-kisar.
6 biji cili api.-kisar
2 tbsp kerisik.
1 helai daun kunyit.
1 keping asam gelugur.
2 batang serai.-kisar
Cara-caranya:
- Masukkan bahan-bahan kisar dan ayam kedalam periuk dan masak hingga airnya agak agak nak kering
- Masukkan santan,kerisik,garam ,gula,daun kunyit dan asam keping.
- Masak dengan api yang sederhana hingga kuahnya pekat.Rasalah garam dan gula.Seimbangkan mengikut selera masing-masing.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas:)..selamat menjamu selera....
oo.. 1 Dirham sama ngan RM30, eh.. baru tau... krn tak pnah amek tau, kih3
ReplyDeleteingatkan beli kat banghdad, hehee...mak ai tak tahan tengok..dah la posa hari ni..cobaannn..
ReplyDeleteSaya selalu masak rendang masak lebih pastu simpan dalam freezer. Sebab saya malas nak masak selalu nak tunggu kuah pekat;-).
ReplyDeleteSalam Kak CM,
ReplyDeleteapapun sangatlahhh menyelerakan ni ayam oraganic... kita suka...tapi sinikan kak, kalo tak pedas, tak laju..kita bubuh cili api lebih sket :) sini kalo makan geng terbakor lidah arr..
harga dirham semasa 1 dirham masih lagi 30.xtau pasni mcm mana.ayam organik tu mcm mana pulak ye? mcm xde je kt sabah ni
ReplyDeleteWah, nampak sedap ni...haha hope I said it right. This rendang ayam looks scrumptious!
ReplyDeletesari yusa ibrahim..1 Dirham=30 rm
ReplyDelete1 Dinar =750 rm
mama Rocks..posa?Alhamdulillah.Semoga puasa mama rocks memperolehi pahala yang berlipat kali ganda..amin.
ReplyDeleteMalay kadazan Girl..Jika malas nak tunggu lama boleh juga masak dengan menggunakan rice cooker (letrik).Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan on kan butang.Pasti tak hangus:)
ReplyDeleteYat maria..btol Yat jika tak pedas kurang ummph :)
ReplyDeletenuwairani ismail..ya masih rm30...rasanya kat Sabah lagi banyak ayam organik..ayam kampung yang hidup bebas..
ReplyDeleteQuay Po Cooks...Terima kasih sebab sudi singgah ke dapur Cm ni:)..betul la tu hehe.
ReplyDeletemouth watering...aku dahla lapar neh...
ReplyDelete