Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah agak lama pokok-pokok di keliling rumah Cm ni tak terjaga.Ada yang telah mati sebab tak bersiram .ada juga yang mati kerana diserang oleh siput,ulat dan belalang.Petang tadi Cm dan suami turun "padang" mengemas keliling rumah...
Pokok Misai Kucing
Kawan baik Cm.. Puan Neo beri benih pokok ni pada Cm dan dia tak tahu nama dalam bahasa Malaysia.Orang Cina panggil Pokok.Nan fei cao....katanya baik untuk ubat darah tinggi..ada sesiapa yang tahu nama pokok ni dalam Bm?Rasanya sangat pahit .
Jasmine atau pokok Bunga Melor.
Pokok Puding
Pokok Bunga Raya
Pokok Anggur
Dah tak tahu apa yang ada dalam "semak" ni..pokok kucai,pokok kadok,pokok cili,pandan....
Pokok kacang botor dah naik sampai ke bumbung tapi tak berbuah.
Sawi baru ditanam
Sepohon sawi yang terselamat dari serangan siput.
Hampir terlupa nak tunjukkan hasil karot yang cm tanam dulu..pokoknya begitu subur tapi hasilnya..hehe seperti kunyit je..
Deretan pokok puding di belakang rumah Cm. ..ini bukan kebun kita ya:)
cantiknya rumah dia.....
ReplyDeleteSalam, Makcik Manggis... Boleh tau tak apa nama pokok-pokok yang ditanam? Minta maaf, saya kurang kenal pokok-pokok ni. Cantik kebun mini ni. Suka saya tengok.
ReplyDeleteRapi sungguh kebun CM. Adakah betul saya ternampak bayang carrot di sana?
ReplyDeletebestnya tengok pokok2 keliling rumah.....
ReplyDeleterasa macam tak sabar lak nak dok rumah sendiri...
rajinnya cm berkebun...
assalam CM...alhamdulillah nampak menjadi tanaman CM..subur dan menghijau jer daun tu...kira tgn CM ni menjadila kalau bercucuk tanam ni..tgn nieza ni tak taula tak pernah pun cuba bercucuk tanam...hehe
ReplyDeletewaaaaaaaaaaa........ byknyer pokok~~ tun kalau tanam pokok semua mati.. last2 tun beli pokok yg dh besar je.. hihi..
ReplyDeleteLOL.. nk tergolek2 tun nengok carrot tu. nape dia jd camtu? hihi
nuwairani ismail..terima kasih
ReplyDeleteShen ji..sori tadi masa nak save tertekan butang post:)...sekarang Cm dah tulis nama-nama pokok yang Cm tahu..
ReplyDeleteMalay Kadazan Girl..Pakcikmanggis yang kemas tu:)..wah tajam betul mata Diana ni:) karot hanya pokoknya yang besar tapi tiada isi:(
ReplyDeleteMas..Insyallah bila Mas dok rumah sendiri pasti dapat berkebun jika rajin:)
ReplyDeleteNieza.. Wsalm..Insyallah jika Nieza berkebun pun pasti pokok yang Nieza tanam akan tumbuh subur jika dijaga dengan penuh kasih sayang..Insyallah.
ReplyDeletetun telani..hehe memang lucu rupa karot tu..macam isi kunyit:)
ReplyDeleteSalam cm... saya pernah tanam pokok anggur hidup subur tapi tiba2 batangnya kering.
ReplyDeleteCantik puding tu dulu banyak kat kampung.
ingatkan kunyit, rupanya carrot hehe
ReplyDeleteSalam CM. Seronoknya tengok gambar kebun. Carrot tu masih muda agaknya? Kadang-kadang kalau terlebih baja pun ia tak suka. Dulu keliling rumah saya kat Malaysia pun banyak pokok pudding :) Kat sini saya tanam sepohon tapi terlalu sejuk, kesian si pokok tu, terbantut.
ReplyDelete