Salam dan selamat sejahtera.Pertama kali lihat roti bayam dan tomato ni terus Cm tanda ..mesti buat sebab dalam peti sejuk ada seikat bayam dan 1/2 tin kecil paste tomato.Bunyinya agak pelik dan bila sebut sayur bayam je anak bongsu Cm mesti "lari' ketakutan.Takut sayur tapi kali ini Cm nak "perangkap' dia hehe.
Maaf lah sebab tak sempat nak ambil gambar dengan sempurna kerana dah ada peminat setia yang ready nak "ngap" je hihi.Bila potong roti yang masih panas ianya senang terburai kerana terlalu lembut:).Atiqa masak sup bayam untuk di makan bersama roti ni.
Tak sangka sikecik ni makan roti bayam dengan sup bayam hehe.Semuanya bayam :)rupanya kena silap mata sikit baru nak makan sayur.Jom lihat apa bahan-bahan untuk roti bayam dan tomato ni:)
Bahan-bahannya:
Untuk Doh Bayam.
300 gm tepung roti.
1/2 tsp garam halus.
2 tbsp minyak jagung.
3 tbsp puree bayam-1 cawan daun bayam dikisar dengan sedikit air.
2 tbsp gula halus.
1 tsp yis
1 biji telur
100 ml susu segar.
Cara-caranya:
Masukkan susu segar kedalam bekas yang sesuai.masukkan telur,gula,garam,yis,minyak jagung,paste bayam,Kacau dengan sudu hingga sebati.Kemudian Tuangkan kedalam tepung dan uli hingga sebati.(Cm guna mesin roti).Uli hingga adunan menjadi doh yang lembut .Biarkan doh naik hingga dua kali ganda saiz asa.Kemudian Tumbuk doh biar keluar angin dan potong 4 bahagian memanjang.Uli biar doh menjadi sepanjang 10 inci panjang.(untuk dipintal dengan doh tomato)
Doh Tomato.
300 gm tepung roti
1/2 tsp garam halus.
2 tbsp minyak jagung.
3 tbsp puree tomato-Cm guna yang dalam tin.
2 tbsp guls halus.
1 tsp yis
100 ml susu segar.
1 biji telur
Cara-caranya:
Lakukan proses yang sama seperti yg di lakukan pada doh bayam tadi.kemudian pintalkan satu bahagian doh tomato dengan doh bayam kemudian lingkarkan agar jadi bentuk bulatan.Aturkan ke dalam loyang bulat.Lakukan sehingga habis adunan tadi.Perapkan selama 30 minit.Sapukan dengan telur.Bakar hingga masak.Oh ya jangan lupa sapukan loyang dengan minyak jagung agar roti tidak melekat.
Nota:Terima kasih banyak-banyak pada My little Space kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh menarik dan sangat sihat ini.Untuk melihat cara-cara yang lebih detail sila ke blog my Little Space ya:)..gambar yang lebih menarik dan jelas..Makcikmanggis tak sempat nak ambil gambar semasa dalam proses menguli tadi kerana ketika sedang menguli azan maghrib sedang bergumandang dari surau dekat rumah Cm ni jadi terkejar-kejar nak solat maghrib......terus lupa nak ambil gambar:(
best betul la resepi nih..sgt2 nutritious..sesuai utk yg 'takut' sayur2 :)
ReplyDeletesalam ...
ReplyDeleteermmmm..kenapalah saya tak
pernah makan roti sebegini
memang sedapnya kelihatan..
wah menarikla resepi ni CM...menu sihat ni ada sayur..best tgk roti CM ni jom tukar ngan roti nieza la..hehe
ReplyDeleteLawanya.
ReplyDeleteBoleh cuba bila buat roti next time.
assalamaulaikum kak CM.. wahh.. roti letak bayam! kalau anak akk makan tu maksudnyer x terasa la kn bayam dia?
ReplyDeletebetol jugak cara nie utk anak2 yg susah makan sayur...nie resepi yg sihat nanti blh la tie cuba
ReplyDeleteTak pernah cuba buat roti lagi. Tapi one of the things yang nak dibuat dalam hidup ni. Sedapnya nampak roti CM.
ReplyDeleteHi CM, wow, this is so impressive! Your bread looks perfect. Lain kali kenalah bersabar ya Kak! Pastikan roti dah sejuk barulah potong. :o) And thank you very much for the shout out. Very kind of you and glad you like the bread too. I especially love the tomato part. Very tasty! Enjoy & have fun.
ReplyDeleteBest regards, Kristy