LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 16, 2011

Sagu Mata Ikan

Salam dan selamat sejahtera.Sekarang ni musim cuti sekolah jadi kejiranan Cm ni agak  sunyi  sebab ramai yang telah balik kampung.Kat padang permainan pun tak ramai kanak kanak bermain seperti hari hari biasa.Jika hari raya lagi sunyi.Semua balik kampung.

Oh ya terima kasih pada Lena kerana sudi bagi awards pada Cm.Terharu la sebab terasa dihargai:)maklum lah Cm ni bukan siapa siapa...blog pun biasa-biasa saja.Thanks Lena.
Ada syarat-syarat sebelum terima Awards ni hehe...

1.Post linking back to the person that gave you the award
2.Share 7 random things about yourself
3.Award 15 recently discovered blogs
4.Drop them a note and tell them about it.

Alamak apa nak tulis ni ya...boleh tak Cm hanya jawab no:2 je?

  1. Cm ni berbangsa melayu dan my husband pulak Chinese 
  2. Ada 5 orang anak dan tak lama lagi akan menerima cucu pertama hehe..excited:)
  3. Suami dan anak anak yang ajar cara-cara nak guna komputer dan cara-cara nak berblog.
  4. Minat sangat dalam bidang masakan dan suka mencuba resepi resepi terbaru.Minat juga berkebun:)
  5. Beberapa kali gagal untuk buat kek batik marie dan tak pernah berputus asa.Tak tahu kenapa walau pun Cm dah ikut dengan teliti bahan-bahan dan caranya tetapi masih gagal menghasilkan kek batik marie yang sempurna:(
  6. Minuman kegemaran adalah teh cina  .Makanan pulak semuanya Cm makan asalkan halal.
  7. Teringin nak bertemu dengan Sonia ,Tummy,CMG ,Diana dan hana hehe
Kuih yang kat atas ni adalah kuih yang paling senang.Pejam mata pun boleh buat hehe.Tiada sukatan yang tepat sebab Cm agak-agak je.jangan risau Insyallah jadi.
Bahan-bahannya:
2 cawan sagu mata ikan.
1/2 cawan gula pasir
1/2 biji kelapa parut putih.
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah.
Air secukupnya.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:
  • Masukkan sagu kedalam tapis dan rendam selama setengah jam.
  • Toskan airnya.
  • Masukkan sagu kedalam periuk dan masukkan air agak-agak paras sagu dan campurkan gula dan masak dengan api yang perlahan.Masukkan daun pandan dan sedikit pewarna merah.Kacau hingga sagu masak atau sehingga sagu bertukar menjadi cerah atau berkaca-kaca.
  • Tuangkan kedalam dulang yang sesuai dan biarkan sagu sejuk baru di potong.
  • Gaulkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.Siap:)

9 comments:

  1. wah kuih kegemaran saya ni CM lama dh tak buat ni....nanti nk cari sagu dulu..hehe

    ReplyDelete
  2. tie pun suka kuih nie...kalau x letak kelapa parut tu lg suka...hehehehe...tie pun mcm niza jugak lama dah x buat kuih nie sbb kat rumah nie tie jer yg makan kalau nak selaunya tie beli jer...

    ReplyDelete
  3. mmg dah lama betul x mkn ni..tgk kat rumah hana td kecur gak..pastu kat sini pun ada...silap2 esok berjangkit kat dapur sy plk.. :)))

    ReplyDelete
  4. Saya pun teringin jumpa CM. Harap-harap lebih kurang setahun boleh habis study dan balik Malaysia. Nak buat kaya pun tak terbuat-buat lagi. Oh rupanya tak susah sangat buat kuih ni. Nanti cari sagu, sepupu yang jaga anak saya ada kasi hint teringin makan benda ni dulu. Nak kena buatlah untuk dia, banyak terkenang budi sebab kalau bukan dia tolong jaga anak-anak masa sekolah tak ke mana saya.

    ReplyDelete
  5. senang tapi sedap, memang ini favourite hubby may, tapi may buat sekali tak berapa sedap, may akan cuba lagi.

    ReplyDelete
  6. Now I know you better , hehehe. I hope to meet you soon.

    ReplyDelete
  7. Nieza..kuih paling senang ni:)

    haniQaseh..jika tak ada tukang makan tukang masak kena perabiskan hehe akhirnya badan bertambah comel

    Deliah's Deli..hehe elok jika virus kuih ni berjangkit kan..dapat makan:)

    Malay Kadazan Girl..Insyallah.Cm nak sangat lihat Rayyan anak yang kuat itu:) setahun sekejap je....salam untuk sepupu Diana.Bagusnya jika ada saudara mara terdekat yang sudi membantu semasa kita memerlukan pertolongan.

    ReplyDelete
  8. may..kuih ni sangat senang.Trial & error jangan putus asa:)

    Sonia..hehe harap harap dapat jumpa Sonia:)

    ReplyDelete
  9. Kuih paling senang nak buat dan modal yang amat sikit tapi rasanya sedap.

    ReplyDelete