LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, March 15, 2011

Gulai Ikan Tongkol

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Beberapa hari ni badan tak berapa sihat.Penat memanjang entah kenapa.Petang tadi ada temujanji dengan doktor untuk Stress Test..nak lihat jantung ok ke tak.Semasa berlari atas treadmills kepala terasa pening pening lalat dan hanya sempat berlari hingga tahap 4 selama 9 minit keseluruhannya..Penat "giler" dan sekembali dari hospital terus "pengsan" rasa sakit sakit seluruh badan:)

Ok berbalik pada Gulai Ikan Tongkol ni...memang favourite kami anak beranak.Sepatutnya gulai ni  dimakan bersama nasi dagang tapi tak larat nak ke kedai beli beras pulut jadi Cm tanak nasi putih je.Sedap jugak makan bertambah-tambah.
Bahan-bahannya:
1 ekor  ikan tongkol-1kg.
1 1/2 santan kelapa.
10 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci kayu manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
8 tangkai cili kering
1 tsp jintan manis
1 tsp jintah putih
1 tbsp ketumbar
4 keping asam gelugur.
1 biji timun.-potong memanjang
10 biji cili api
2 tbsp serbuk kari ikan.
Gula melaka secukupnya.
Gula dan garam secukupnya.
minyak untuk menumis.
1 inci kulit kayu manis,3 kuntum bunga lawang dan 2 biji buah pelaga-untuk di tumis.
Cara-caranya:)
  • Ikan di potong mengikut saiz yang dikehendaki dan dicuci bersih.Rebus dengan sedikit air,garam,sedikit gula melaka dan 2 keping asam gelugur.
  • Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit,cili kering,ketumbar,jintan manis,jintan putih dan kayu manis  di kisar hingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga  masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik baunya.
  • Bancuhkan serbuk kari ikan dengan sedikit air dan masukkan kedalam bahan bahan tumis tadi.Kacau hingga sekata dan wangi.
  • Masukkan santan,garam,gula,gula merah dan masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan ,asam keping dan timun.Masak sehingga kuahnya agak pekat.
  • Akhir sekali baru masukkan cili api.Siap untuk dihidangkan bersama nasi dagang atau nasi putih.

11 comments:

  1. Hi cm, harap cm cepat cepatsembuh. Nak beritahu CM lena pass satu award kepada cm. Bila ada masa, harap CM akan kutipkan award itu dari blog lena. PLs take care!

    ReplyDelete
  2. Looks very delicious,I love the spices in it.

    ReplyDelete
  3. sedapnya!!...suka gulai ni.lama dh tak mengulai ni. CM tak sihat ke?alahai siannya semoga cepat baik yer kena byk berehat tu.buat stress test tu result ok tak?harap tak ada masalah la yer..take care.

    ReplyDelete
  4. kita pun suka makan gulai ini..tapi tak pernah cuba untuk memasak..biasanya beli jer kat kedai Kelantan ... semoga cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  5. datang menjenguk dr dapur kak izah =)
    wahh.. kak nieza dan kak nazrah pon ada kt sini.. salam kenal ye cik manggis ^^

    ReplyDelete
  6. haha.. cik manggis, dlm sakit kepala tu pun siap mkn bertambah2 ya, penangan gulai ikan tongkollah tu.. mintak sikitttt...

    ReplyDelete
  7. ikan tongkol it is tuna fish? This look absolutely delicious, i can have plenty of white rice to go with it. Hope you have recover by now. Take care.

    ReplyDelete
  8. semoga CM segera sihat & segar semula spt selalu..
    gulai ikan tongkol ni feberet saya jugak ni kak.. sedap je mkn dgn nasi putih pun.. kalau sy masak gulai ni.. tak membazirlah sampai ke titisan akhir kuahnya tak terbuang.. hehehe.. punyalah sayang tuu... mmg syedappp!!
    saya pun post n3 ikan tongkol jugak hari ni.. tp versi kerabu.. :-)

    ReplyDelete
  9. Gula melaka tu nak letak berapa banyak? Pertama kali saya dengar rebus ikan dengan gula melaka. Nampak sangat saya ni tak berapa pandai masak;-).Hubby org pantai timur, kalau jadi masak ni gerenti senang nak minta sesuatu. Semoga CM sihat dan ceria selalu. Kalau fikir pasal sakit mesti lagi sakit. Fikir what CM like to do best. Nanti kelahiran cucu pertama mesti CM happy sangat.

    ReplyDelete
  10. lena..terima kasih sb kasi award ni ya:)

    Umm mymoonah..Thanks for stopping by:)

    Nieza..alhamdulillah hari ni dah ok.Result stress test tu kena jumpa dr pakar next month.Harap harap semuanya ok:)Terima Kasih

    Nazrah..terima kasih:)

    tun telani..terima kasih sudi singgah.selamat berkenalan.

    Sari yusa Ibrahim..sakit kepala je selera tak sakit hihi..teruk kan:)

    ReplyDelete
  11. sonia..yes btol ikan tuna:)terima kasih Sonia

    Madiha..terima kasih.Ya kuahnya tu anak anak cicah roti.Eh Cm dah lihat kerabu tongkol kat dapur Madiha..dapat bayangkan kesedapannya:)

    Diana..Masa rebus ikan letakkan asam keping dan sebesar 2 ibu jari gula melaka dan sedikit garam.Dan airnya agak-agak terendam ikan.Jangan banyak ya.Insyallah jadi dan semoga suami Diana suka nanti makan gulai ikan tongkol.Orang pantai timur je rebus ikan guna gula melaka hehe

    ReplyDelete