LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, March 13, 2011

Ahli Mesyuarat Tingkap.

Salam dan selamat sejahtera.Apa khabar?hehe soalan biasa bila tak tahu nak tulis apa.Kami sekeluarga baru balik dari Restoran Cina Muslim Hj.Mohd.Chan kerana meraikan hari jadi kak Long.Alhamdulillah dah kenyang.Badan pun sungguh letih sekali kerana pagi tadi Cm ikut suami ke mesyuarat Ngo yang suami  sertai.Sampai di tengah jalan Cm ubah fikiran nak' bermesyuarat tingkap" dengan Puan WR kawan baik yang Cm anggap seperti adik beradik sendiri.Hehe pengelat btol ni sebab Cm tahu mesyuarat yang suami nak pergi ni akan berlarutan sehingga petang.Setelah menghantar suami ke tempat yang dituju Cm melencung ke rumah puan WR.
Sebenarnya Cm ni fobia berada ditempat tinggi.Setelah menulis nama kat pondok pengawal  dan letakan  lesen memandu Cm called puan WR agar dia turun kebawah sebab Cm tak boleh naik ke atas tanpa kad khas.Nak naik ke tingkat 19 rasa sunggu gayat.

Sayup sayup nampak Jusco Wangsa Maju.Pandangan dari beranda rumah Puan WR.eee takutnya.
Pokok pandan yang sungguh subur.hai malu la sebab rumah cm yang kat bawah pun daun pandan yang hampir mati.
Dah minta izin dengan Puan WR untuk masukkan gambar-gambar ni kedalam blog Cm sebagai kenangan.
kondo enam bilik yang sangat selesa.
Cm minat sangat dengan susun atur lukisan yang terdapat di rumah Puan WR ini adalah sebahagian dari gambar lukisan yang Cm ambil dgn kamera  yang sentiasa dalam beg tangan...lagak seperti jurugambar gitu hehe.
Selepas penat "bermesyuarat" kami makan tengahari hehe.Dan ini salah satu dari lauk yang Puan WR hidangkan.Telur ikan masak lemak.
Ini lah si Comel yang sentiasa bersama kami ketika "mesyuarat" berjalan hehe.Kira-kira pukul 5.30 petang Kami bertolak balik ke Putrajaya.Terima kasih pada Puan WR dan suami Haji RL.kerana menghantar kami hingga ke bawah.Selepas ucapkan assalamualaikum dan bye bye Cm balik dengan rasa satu kepuasan kerana dapat berjumpa dan menziarahi seorang sahabat baik kami.Terima kasih kerana izinkan Cm letakkan gambar gambar ini ke dalam blog masakan Cm ni:)

6 comments:

  1. Cantik dan rapi balcony garden kawan CM. Lama tak makan telur ikan. Tapi semalam ada masak ikan masin dan peria masak lemak.

    ReplyDelete
  2. jalan jalan cari makan. kuih mesyuarat takde lebih ke..

    ReplyDelete
  3. Mesyuarat tingkap 2 org je? Tak sangka term tu jugak mck guna sejak 10 thn lalu utk menggambarkan 'geng che kiah on the loose', hubby slalu gelak when i say mesyuarat tingkap......ada jugak geng tingkap cyber rupanya....

    ReplyDelete
  4. Salam cm

    Seronok jumpa kawan lama yang dah dianggap adik beradik.Tak segan kalau cerita hal peribadi atau apa2 saja.

    ReplyDelete
  5. salam rindu cikmnggis..umah kawan cm ni kt villa wangsa mas ek?? dulu pernah visit showroom penthouse 6 bilik nye..mmg cantik kan!! hasrat hati nk beli tp x jadi..huhuu!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya mesyuarat ye kak.. Ooo gayat ye..So, kalau ke Langkawi tak leh naik cable car lah jawabnya..

    ReplyDelete