LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, March 19, 2011

Sira Pisang

Salam dan selamat petang.Cuti sekolah dah nak habis ...minggu depan bermula lah rutin biasa pergi mengambil dan menghantar si adik ke sekolah.Hai penat tau pastu nak masak,nak kemas rumah,nak berkebun dan nak berblog lagi hehe:)..Petang ni tiba -tiba terasa nak makan pengat pisang.teringat jika berbuka puasa masa kecik-kecik dulu.mak selalu sira pisang,keledek atau labu.Sedapnya....
Pisang yang paling sesuai untuk disira ialah pisang awak dan pisang nangka tetapi kat rumah Cm ni tiada pisang lain kecuali pisang lemak manis yang agak masak.Tak apalah janji dapat sira walaupun isinya agak lembik dan terlalu manis apabila dicampur dengan gula melaka.Lain kali tak boleh guna pisang lemak manis ya.
Ini lah rupa pisangnya.

Kupas pisang:)

Rendam sekejap dengan air kapur.
Bahan-bahan yang diperlukan:
12 biji pisang lemak manis(lain kali guna pisang nangka atau pisang awak ya)
4 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
3 tbsp gula merah
1/2 cawan air.
Cara-caranya:
Satukan air dan gula merah ,daun pandan,bunga cengkih dan masak hingga mendidih.Kemudian baru masukkan pisang dan masak hingga kuahnya likat,Siap:)

Nota:Pisang jenis yang Cm guna ini kurang sesuai untuk disira sb isinya agak lembik.Sira pisang sepatutnya pejal.Jadi Cm sarankan agar guna pisang yang Cm sebutkan di atas tadi.

9 comments:

  1. wahh.. cik CM.. sedapnyer sira pisang! pengat pon sedap gak..
    owh, sira pisang patutnyer pejal ek? tun aci tibai je menyira, ikut pisang yg ada kt dapur.. hihihi

    ReplyDelete
  2. As salam CM,Saya suka pisang taduk,sesuai nak sira nihh

    ReplyDelete
  3. CM, tak pernah pun saya cuba manisan ni! Kakak ipar saya pun tak pernah masak macam ni walaupun dia tu orang Melayu. Masakan dia semua simple simple. Anak2 pun tak banyak makan. Mungkin nak figure yang langsing. (Auntie pun nak figure macam tu le!) haha...

    ReplyDelete
  4. Kalau makan pisang lemak manis ni sesikat pun boleh habis. Pisang kat sini sekarang mahal sangat sekilo RM30. Terpaksalah bapa dan anak puasa pisang seketika.

    ReplyDelete
  5. Hi Kak...hru doing??? ;)

    WOW, sira pisang makes me drool here! Delicious treat!!

    ReplyDelete
  6. CM cayang..... naaaaak.... fevret ni.

    ReplyDelete
  7. I have to translate this post, your bananas look so delicious, I have to try this recipe one day, Lovely post!

    ReplyDelete
  8. salam makcik cayang...
    apa kabar?
    nak sira pisang tu... belum pernah rasa :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya sira pisang...
    nak sikit CM....he..he..

    ReplyDelete