LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, January 7, 2011

Jom Buat Bebola Ikan Sendiri:)

Salam dan selamat sejahtera semua.Cuaca mendung je dua tiga hari ni.Yang paling sedihnya bila tanaman sawi yang baru nak tumbuh habis dihanyutkan hujan.Cabaran...ok lah mari kita sama sama buat fish ball sendiri.Kebersihan terjamin dan yang pentingnya sangat sihat kerana tiada bahan bahan pengawit yang digunakan.Dan pastinya  sangat sedap:)
Pagi tadi semasa ke  pasar ternampak ikan tenggiri ni jadi Cm beli dua keping lebih kurang 800 gm.Bila lihat ikan yang segar begini terus niat nak buat fish ball.anak bongsu cm tak suka makan ikan jadi terpaksa buat fish ball baru dia makan.Anak anak hanya suka makan ayam sahaja.


Bahan-bahan bahan yang diperlukan:
800 gm ikan tenggiri
3 tbsp tepung jagung
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sudu ceramic  seperti dalam gambar diatas.
Ikan di cuci hingga bersih dan ketepikan tulangnya.Kerukkan isi ikan dengan menggunakan sudu ceramic  ni hingga habis.
Kemudian campurkan isi ikan dengan sedikit garam,lada putih dan tepung jagung.Uli hingga sebati.

Untuk dapatkan fishball  yang kenyal ,adunan ikan tadi hendaklah di uli sehingga berkilat.Caranya agak" brutal" sikit hehe...tumbuk adunan tu kemudian "baling" kedalam mangkuk beberapa kali .Untuk mengelakkan dari adunan melekat ditangan,tangan hendaklah dibasahkan selalu.Jadi sediakan semangkuk air yang bersih.Ulangi peroses yang sama sehingga ianya benar benar sebati dan berkilat.Jika ada rasa tak puas hati nak marahkan seseorang bolehlah lepaskan geram disini..tumbukk baling kemudian tumbukk lagi hehe.
Masukkan tulang dan kulit ikan tenggiri tadi kedalam periuk dengan sukatan air yang mencukupi.Masak hingga mendidih.Masukkan satu ketul kiub ikan bilis.Kemudian bulat-bulatkan adunan ikan tadi dan masukkan kedalan air rebusan.Masak hingga fish ball timbul di permukaan.Siap untuk digunakan samada nak makan terus atau masak dengan sayur atau mee.
Hasilnya... hmm fish ball yang sungguh enak dan kenyal..toing!toing! toing :)
Cm suka masak fish ball ni bersama sayur petola dan suun...Sedappp..selamat mencuba ya:)
** Untuk rujukan sila klik DISINI

28 comments:

  1. salam opah..
    cam janji lak arini membola... tp mama wat daging.. klu dpt bola ikan opah punyer pong besttt! hihihihih

    ReplyDelete
  2. macam berjanji lak kak hana ngam CM ni...mesti sedapp bebola tu sebab guna ikan fresh...terasa kemanisan ikan tu kan...sedapp tu..

    ReplyDelete
  3. tingin jugk nk buat sendiri..kt rumh ni dh lama dah tak masuk bebola ikan ni...lepas kes kes mewas was tu kan...hihi..trima kasih cm

    ReplyDelete
  4. Hana..ya la cam janji:)kita tukar ya hehe.Jom makan Darwish ya yum yum

    ReplyDelete
  5. Mas..hehe ..kali ni mmg menjadi sebab rasanya kenyal macam yang beli kat kedai tu

    ReplyDelete
  6. izahdaut..buat lah izah insayallah jadi dengan sedap dan tanpa was was

    ReplyDelete
  7. Dah lama teringin nak buat fishball ni tapi tak terbuat-buat. Next time hubby dapat pancing banyak mackeral nak cubalah sebab CikManggis dah tunjukkan caranya. Untuk menjawab soalan pasal tanah> kalau saya tanam dalam container saya pakai compost atau potting mix. Potting mix dekat sini dah dijual campur compost rasanya sebab itu nampak ada kayu kecil-kecil lain dari Malaysia. Sini cuaca kering sangat dan jarang hujan jadi kayu-kayu ni akan tolong menyerap air untuk simpan dan bukan semua lari masuk ke dalam tanah sangat. Jadi macam water storage atau retain moisture. Tapi masa saya tanam dalam container baru, 2/3 bawah container tu saya akan isi dengan kitchen waste, green clippings atau tahi kuda dan baru top up potting mix dengan harapannya bila tumbuhan puas hisap nutrient dr potting mix nanti bahagian buangan di bawah akan telah bertukar jadi compost dan berikan nutrisi ke tumbuhan. Saya dapati dengan cara ini tanah saya bertambah sihat bila saya gali tanah ini balik banyak cacing-cacing sihat dalam tanah itu. Saya pun jimat duit kurang guna poting mix;-).

    ReplyDelete
  8. uissss main baling ni hikhikkk cayalah kak cm...baligng2 menjadikkk tak pee.. kalu tak jadikkk sendiri tanggunggg.. masa anak2 ilah masih baby ilah sellau masak fishball sendiri sbb depa tak makan ikan mcm anak2 kak juga laaa.. kena tipussss sesekali apa salahnya utk kesihatan.. sedapnya sayu ketola tuuu lam a tak mkn sbb sejuk.. cecah sambal belacan lagi laaa sedap...huhuuu naik la kg kita kak...

    ReplyDelete
  9. Malay -Kadazan girl..Terima kasih Diana dengan penerangan yg sungguh jelas.Bagusnya idea letakkan kitchen waste dibawah tapak semaian atau tanaman .Kat sini tak ada tahi kuda tapi kawan Cm dah janji nak bagi tahi kambing.Tak sabar nak memulakan experiment tu.Nnt cm buat n3nya:)t.kasih banyak banyak. ya!!

    ReplyDelete
  10. ilahjy..baling baling pastu tumbuk..eii ganaskan hehe.Anak anak mmg tak suka makan ikan kena cari idea agar mereka "tertipu' hihi untuk kebaikan tak pe:)..sambal belacan?oh tidak..mau pengsan makan:)

    ReplyDelete
  11. Salam akak... suker... selalu kalu wat pakai isi ikan tengiri cam tu jek.. pure he he he t try versi akak lak.. sedap tu kak pasti.. pasti.. nyum3

    ReplyDelete
  12. salam CM..

    bebola ikan ni buat saya teringatkan arwah ayah.. dia cukup suka dengan bebola ikan yang mak saya buat yg dimasak sup dengan sayur sawi. kami kat trengganu panggil masakan tu 'calong' selalunya kami guna ikan selayang aje.. kalau dpt tenggiri lagi sedap & warnanya jd putih comel mcm yg CM buat ni... lama sy tak masak calong.. suami dgn anak2 pun suka jugak sejak saya perkenalkan lauk tu.. lauk sempoi yg sihat.. hehe...

    ReplyDelete
  13. arwah mak suka wat bebola ikan nih...nanti saya pun nak cuba..

    ReplyDelete
  14. Erma..cuba lah dengan ikan tenggiri .Sedap.Walaupun mahal sikit tapi berbaloi:)puas makan.

    ReplyDelete
  15. salam madiha..ooo baru cm faham Calong tu masak fish ball dgn sawi.jika tambah Mee ..mee calong?btol ke ni?..ya jika buat dgn ikan tenggiri warnanya putih tp dgn ikan selayang warnanya agak gelap tapi rasanya sama je:)

    ReplyDelete
  16. Mamawana..salam .Cuba lah insyallah sedap:)

    ReplyDelete
  17. salam kenal CM ..http://after6am.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Sofea..salam kenal sofea.terima kasih sudi singgah ke dapur cm ni:)

    ReplyDelete
  19. t.kasih kembali..akak follow & link blog awak ye!

    ReplyDelete
  20. Nampak sedapnya! Sudah lama tak makan! Dulu emak selalu buat sup fish ball ini dengan sohun, lobak masin jeruk dan sayur kobis. Fish ball ini dimakan dengan sambal belacan, syioknya....!

    ReplyDelete
  21. Cantik mulat je fish ball CM ni ya....nyum2

    ReplyDelete
  22. Salam Makcik...
    nak bakso ikan itu....
    hmmm.... sedapnya makan dg kuah panas tu..
    oh ya, kalau digoreng pun sedap jg makan dg kuah.
    sluuuurp...

    ReplyDelete
  23. Assalam. terima kasih cm. cuma nak share fb(fish ball) buatan cm. nak try buat. makanan senang dan sihat utk sarapan anak ke sekolah. boleh buat bekal juga.

    ReplyDelete
  24. Salam,,mmg kena ltak tpung jgung sje nyerr kak

    ReplyDelete
  25. berkilat ek...sedapnya..klu goreng pon sedap

    http://umiadamfaris.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. thanx sbb BG resepi..memey tgh Cari gara2 DNA babbab DLM bebola kt pasaran tu

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah menjadi buat fish ball guna resepi ni. Part teknik brutal tu kalau kita guna mmg toing toing la fish ball kita. Sedappp !!

    ReplyDelete