Inilah pokok pokok yang terselamat dari
Ini pula batas yang di tanam dengan pokok sawi.Hampir licin kerana tanahnya telah dihanyutkan air.Nak kena
Yang ini pokok rocket yang Cm tanam dalam pasu.Dah ada peminatnya.Beberapa pokok telah habis dimakan oleh peminat misteri itu.
Semasa balik kampung hari tu Cm sempat petik beberapa biji cili api yang berwarna putih yang ada kat tepi rumah my mom untuk buat benih.Alhamdulillah begitu cepat tumbuh.Nampak gayanya kena tanam cili api je kat keliling rumah Cm ni kerana tak banyak musuh dan tak perlu penjagaan rapi hanya perlu dibaja sahaja...Ok lah habis bab kebun mari lihat menu minum petang kami 3 beranak tadi......
Goreng pisang memang favourite Cm (.Cicah pulak dengan sambal kicap)..asalkan pisang tak kira buat macamana pun semuanya Cm suka.Untuk dapatkan goreng pisang yang sedap tepung salutnya mesti garing dan ranggup.Jika lemau je itu tandanya bancuhan tepung yang tak kena.....
Bahan-bahan untuk bancuhan tepung goreng pisang:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
2 tbsp tepung jagung
1 tbsp kelapa parut.
sedikit air kapur
1 tsp serbuk kunyit.
sedikit garam.
2 tbsp minyak masak yang mendidih.
air secukupnya.(Cm agak-agak je)
Cara-caranya:
- Satukan bahan-bahan diatas kecuali minyak masak,air kapur dan air.
- Gaul hingga rata baru masukkan air dan air kapur..Sukatan air tu Cm main agak agak je jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
- Gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan minyak panas dan kacau rata .
- Siap untuk dicelup dengan pisang dan goreng hingga ranggup.
Salam CM. Shian nya, penat usaha CM tp takpa lah, Tuhan nak uji ketabahan CM lah tu. Nanti buat semula tau, boleh Along tumpang petik....hehe.
ReplyDeletesalam CM, dh tgh mlm masih merayap rmh org lg nii..hehe, nak lagi sedap tpg goreng pisang tu leh masukkan bijan dlm adunan tepung tu..wangi & mmg sedap..!
ReplyDeletesedapnyer makan goreng pisang time ujan2 ni....
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteermmm..tak de rezeki
pokok tanaman yang mati
tu..tak pe,cuba lagi..
goreng pisang..yumm..yumm
sambal kicap..??musykil..he he
Alahai sayangnya pokok2 tu tapi nak buat macamana,sabar ajelah.
ReplyDeleteNanti saya nak cuba cara masak goreng pisang cm.
Kami dapat polystyrene kutip kat tapak Sunday market bila dah petang tak de orang;-).Mungkin kalau batas tinggi dan kena halang dengan batu-bata tu tak hanyut kut.
ReplyDeleteAlong Roz..btol tu semua ni ujian.Kena sabar .insyallah nak tanam lagi tak putus asa..nanti datang lah petik sawi tu ya hehe
ReplyDeletesofea..malam minggu takpe jenjalan blogwalking.Esok tak kerja hehe.terima kasih
ReplyDeleteazlita Aziz..mmg sedap.Lepas makan masuk selimut hehe
ReplyDeleteZul..mmg sedap makan goreng pisang dgn sambal kicap.Cuba lah..orang Johor mmg tak tinggal sambal kicap ni.
ReplyDeletezaitun..btol tu zai..sabar je lah:)
ReplyDeletemalay-Kadazan girl...Kena buat batas lebih tinggi..eh bestnya idea Diana ni..nnt kena pergi pasar borong nak kutip bekas polystrene.hari ini cm dapat 1 guni tahi kambing tau hehe
ReplyDelete