LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 12, 2010

Nasi Goreng Kacang Botol (Botor)

Salam dan selamat sejahtera.Pagi ni tak dapat jogging seperti biasa sebab hujan.Sepatutnya jika hujan hujan begini Cm akan exend tidur selepas solat subuh tadi tetapi mata tak boleh pejam kerana teringatkan anak lelaki cm yang ber "Camping" di sekolahnya.Sejak dilahirkan kira kira 11 tahun yang lalu ini lah pertama kali beliau "keluar rumah" dan meninggalkan ibunya ini.

Walaupun tapak "camping"hanya 3 minit perjalanan dengan kereta dengan kelajuan 30km sejam hati tetap cuak...takut kena gigit serangga,takut semut masuk telinga....Mr.hubby mengeleng-ngeleng kepala apabila malam tadi Cm ajaknya nak "mengintai" ke tempat anak Cm camping tu:)..katanya ...ni anak penyu sedang membuat persiapan untuk ka lautan luas:)

Kembali pada topik nasi goreng kacang botol ni....semasa dok check peti sejuk terjumpa 4 biji kacang botol dan dalam freezer ada beberapa ekor udang.Setiap pagi suami hanya bersarapan dengan roti sahaja tapi pagi ini terasa rajin nak goreng nasi untuknya.Jom kita lihat bagaimana nak goreng nasi kacang botol:)
Bahan-bahannya:)
300 gm nasi sejuk.
2 ekor sotong(Cm ganti dengan 5 ekor udang)
5 biji cili api(tak bubuh)-kisar
1 labu  bawang besar-kisar( bubuh 1/2 labu)
2 ulas bawang putih-kisar
1 tbsp udang kering-kisar
2 biji telur( Cm guna 1 biji)
3 biji kacang botol
1 sudu besar sos tiram
1/2 tsp kecil perasa ikan bilis.
garam dan gula secukup rasa.
sedikit kicap manis dan serbuk lada hitam.
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan udang,kacang botol,sos tiram,kicap manis,garam dan gula serta perasa ikan bilis.
  3. Setelah udang masak pecahkan telur .Kacau hingga telur masak dan berderai.
  4. Akhir sekali masukkan nasi  dan sedikit lada hitam.Gaul hingga sebati.Siap:)
***Sumber rujukan:Aneka Nasi Goreng-Chef Nor Asmawati Nor Din-Alaf 21

    6 comments:

    1. Salam kak cm manis!!! wahhhhhh..kita mmg suke kacang botol! nanti nak rembat jugaklah kalau g supa nanti hihihi.... nmpk sedap pulak ada sooh hoon goreng tuuu!

      ReplyDelete
    2. kak cm..lawo la presentationnnya tuuu...suke jugak krup krap kacang bototr ni..sampai kdg2 bila goreng hilang sedapnya,kalau makan gitu aje lagi sedap kan

      ReplyDelete
    3. salam kak CM, berselera tengok nasi goreng tu...sedapnya...

      ReplyDelete
    4. Saya pun macam cm setiap kali anak pergi campaing pasti mamanya menyusul.

      ReplyDelete
    5. salam CM, teringat zaman dulu2, suka benor wat nasi goreng letak kacang botor ni.. sedap!

      ReplyDelete
    6. kacang botor sy dah abis dibuat ulam & kerabu aritu.. kalo idak leh gak wt nasi goreng.... sy mmg suka buat sy goreng campur byk sayur.. apa2 sayur pun ok... hehee..

      ReplyDelete