LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 9, 2010

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Cm berdoa agar kawan-kawan kita yang tinggal di utara tanah air yang terlibat dengan banjir dapat bersabar dengan ujian ini.Kesiannya melihat rumah mereka yang ditenggelami air hingga ke bumbung.Bayanglan bagaimana mereka nak membersihkannya nanti.Sabar ya dan semoga pihak yang berwajib akan memberi pertolongan yang sewajarnya.

Okay pagi ni  di Cm nak sajikan dengan nasi goreng belacan untuk sarapan pagi:).Sebenarnya nasi goreng ni boleh dimasak dengan bermacam macam cara...ubah suai dengan selera masing masing.Dulu dulu orang tua kita goreng nasi tanpa nama yang khas,hanya Nasi Goreng.Jika ada ikan goreng mereka masukkan isi ikan kedalam nasi goreng dan mereka selalu masukkan sedikit belacan .Jom kita lihat nasi goreng belacan versi Cm pulak:)
Bahan-bahannya:
2 cawan nasi sejuk
1 keping fish cake.-potong kecil
6 ekor udang
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah.
2 tbsp sayur campuran.
sedikit sos tiram
1 biji telur.
sedikit kicap manis
sedikit belacan(cm guna 1 tsp belacan serbuk)
sedikit sos ikan
Garam dan gula secukup rasa.
2 tsp serbuk lada hitam
3 tangkai cili kering-kisar halus
sedikit isi ayam.

Cara-caranya-

  • Cili kering,bawang merah,belacan  dan bawang putih dikisar halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan isi ayam,fish cake dan udang,Gaul hingga rata.
  • Kemudian masukkan sayur campuran dan kacau hingga rata.
  • Masukkan gula .garam.sos tiram,kicap manis dan sos ikan.
  • Masukkan nasi dan gaul hingga sebati .Letakkan sedikit lada hitam.
  • Buatkan lubang di tengah tengah nasi  dan pecahkan 1 biji telur.Kacaukan telur hingga berketul ketul baru digaukan dengan nasi hingga rata.
  • Siap:)

12 comments:

  1. hihi..ari tu nasi goreng petai kan..menarik n bervariasi nasi goreng ni kan.. lawoo je nasi goreng tu!!!

    ReplyDelete
  2. salam CM..apa pun jenis nasik goreng tu..yang penting kenyang..dan sedap..nasi goreng belacan ni mmg nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. semekum.... ade org dtg nk ngendeng nasi goreng belacan ni. dh senerbak dh baunye ni,huhuhuhuhu.....cedapnye!!!!

    ReplyDelete
  4. cm.. kalo bab belacan.. otomatik kite suke.. tp bukan sambal belacan ea..tu tekak xlea time..

    ReplyDelete
  5. Salam makcik...enaknya nasi goreng tu! Pasti akan cuba resipi ni.

    ReplyDelete
  6. opahhhhh...darwish da balikk! mama kata belom sempat pecahkan gelas.. besok darwish tulun pecahkan! kekekekeke

    ReplyDelete
  7. Izah..Cm kemaruk nasi goreng.Hari hari masak nasi goreng :)Terima kasih:)

    ReplyDelete
  8. Kerull..hehe ya yang penting kenyang btol tu:)

    ReplyDelete
  9. Mimiey..wslm..bau belacan ya?hehe

    ReplyDelete
  10. aLoY..makcikmanggis suka semuanya..sambal belacan atau apa apa yang ada belacan :)

    ReplyDelete
  11. Selamat Sejahtera my dear Tummy..lamanya Tummy berehat ya:)hehe boleh cuba jika suka belacan:)

    ReplyDelete
  12. Hana@Darwis..haha baik baik pecah gelas tu..sian darwis kena pecah gelas hihi

    ReplyDelete