LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, November 20, 2010

Ikan Masak Taucu

Salam dan selamat pagi semua.Cm baru balik dari menemani anak bongsu Cm ke kolam renang.Cuaca sungguh panas terasa muka seakan akan sunburn  sudahlah hitam berkilat pula hehe sesuai  dengan peribahasa... hitam hitam sitampuk manggis,sudahlah hitam berkilat pula kihkih(yang sebenarnya berbunyi begini"Hitam hitam si tampuk manggis,walaupun hitam dipandang manis)

Ini adalah resepi ikan masak taucu untuk lunch semalam.Sekali sekala tukar selera.Terkenang semasa tinggal di asrama sekolah menengah dulu dulu mesti ada menu ikan kembung masak taucu.Kali ini Cm masak ikan tenggiri.Jom kita lihat resepinya ya:)

Bahan-bahannya:
3 keping ikan tenggiri-gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit  dan di goreng garing.
1 labu bawang besar -potong bulat
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji cili masak-belah dua.
1 biji cili hijau -belah dua
1 biji buah tomato -belah dua
1 inci halia-mayang halus
1/2 tbsp taucu
gula secukup rasa
1 biji buah tomato
air secukupnya.
3 biji cili api-jika suka pedas boleh tambah ikut selera.(ketuk)
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan taucu.
  2. Masukkan cili api.bawang besar dan 2 cawan air.Masak kuah hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan gula dan buah tomato serta cili potong.
  4. Akhir sekali baru masukkan ikan yang di goreng tadi.Biarkan mendidih sekejap.Siap:)
Macam anak itik bila jumpa air tak mahu naik kedarat.hehe

Selamat berhari minggu bersama keluarga tercinta:)

2 comments:

  1. sodap nih. utk org yg br baik demam elok sgt la mkn lauk cam gini kan...kan...kan... :)

    ReplyDelete
  2. moklong..dah kebah demam?banyak minum air kosong dan berehat ya:)

    ReplyDelete