Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sekali sekala elok juga tukar selera... menu yang lebih sihat tapi sedap.Selalunya bila masak masakan sihat anak-anak complain katanya makanan sihat tak sedap...so kali ni cm nak buktikan pada mereka yang menu sihat pun ada yang sedap:)p
Contohnya... nasi keladi dengan labu ni..yum yum..semasa cm menulis ni kami sedang menanti nasi keladi & labu yang 2nd round masak.....permintaan yang amat baik!.bau keladi dan udang kering ...oh sungguh wangi....
Labu dipotong kiub
keladi di potong kiub
Jom kita lihat bahan bahannya.
1 mangkuk kecil labu dipotong kiub-agak-agak je
1 mangkuk kecil keladi dipotong kiub -jika suka boleh lebihkan keladi.
2 cawan beras-bersih dan toskan
4-5 ulas bawang putih
sedikit udang kering
5 ulas bawang merah
Lada sulah
1 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap manis
garam secukup rasa
Sedikit gula
Udang segar-optional
Bawang dipotong nipis untuk dijadikan bawang goreng
Udang kering
Masak dalam periuk nasi letrik seperti tanak nasi biasa
Cara-caranya:
- Bawang putih di tumbuk kasar.
- Bawang merah dihiris nipis
- Panaskan minyak jagung dan goreng bawang hingga garing dan ketepikan
- Dengan menggunakan minyak goreng bawang tadi,tumiskan bawang putih hingga wangi.Kemudian masukkan udang kering.biarkan hingga udang kering garing baru masukkan keladi dan 1/2 dari labu.
- Masukkan gula ,garam,lada sulah,sos tiram dan kicap.Kacau rata.
- Masukkan 2 cawan beras dan gaul lagi hingga sebati.
- Curahkan semua bahan-bahan didalam kuali kedalam periuk nasi letrik.Masukkan air secukupnya ,bergantung pada jenis beras yang digunakan dan masukkan juga udang segar jika suka.Bila nasi hampir masak baru masukkan baki labu tadi kedalam periuk.
- Tanak hingga nasi masak....sedap dimakan ketika masih panas bersama sos cili,bawang goreng dan hirisan timun serta salad.
Eh nampak sedap tu,akak nak cuba lah nanti..:)
ReplyDeletecm..nampak cantik je nasi tu..beras biasa je ke tu..enak bangat gabungan labu n keladi yeee
ReplyDeleteWahhh..tentu sedap ni kan...
ReplyDeletewah! wajib sedap ni!! laen dr yg laen!! u mmg marbelesla CM!! teror memasak betul!!
ReplyDeletemst sedap ni,dhla mie suka mkn labu..mau menambah nasi ni!! hhuhuhuu...leh msk list ni...
ReplyDeleteowang jepong pong selalu gak wat nasik cenggini.. sayur macam2 leh tuko... tp kiter tk penah buat pong! hihihihi
ReplyDeletetak pernah langsung tgk nasi cam ne.. Boleh lah cuba nnt..
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteNasi keladi memang biasa saya buat and lawannya sambal belacan.Tapi,first time pulak I see nasi keladi with pumpkin.Last week I ada beli pumpkin sebab kat NZ sekarang ni musim pumpkin.Akan saya cuba nanti.Thank you for the recipe and have a wonderful week for Cik Manggis and family.
salam cm..eh..ni resepi baru ni sebab selalunya nasi dimasak dgn carrot..labu dan keladi kegemaran kakyam ..mesti sedap ni..nak cubalah..
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeletebest pulak tengok nasi cam ni..mmg menu sihat lagi sedapkan..harus dicuba nnt:)
kelainan.. insyaAllah one day..Thanks for sharing
ReplyDeletetak usah pakai minyak bijan munkin ada sedikit bau he he he pak mus posal commen no 1
ReplyDelete