LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 22, 2010

Marble Cheese Brownies

 Salam dan selamat sejahtera......ada yang dah zzzzzz ke?elok lah tidur awal dan bangun awal.Jika hari biasa anak lelaki Cm masuk bilik tidur pukul 10 pm ..masuk bilik je tu....jika tak nampak kelibat mamanya  dia akan buat macam-macam kerja didalam biliknya..main lego la..main kapalterbang la (ada kapalterbang dalam biliknya kihkih)..main UNO la dan macam macam lagi.bila dengar tapak kaki kita barulah  masuk selimut hehe.

Ok gambar marble Cheese brownies  di atas di "bikin" oleh anak cm ..Angah.Rasa nya dah beberapa kali kami buat brownies ni tanpa rasa jemu.....brownies  yang menjadi kegemaran anak anak dan ayah.Ini merupakan pertama kali Angah handle sendiri dan buat corak sendiri.Cm jadi tukang cuci je..standby kat sinki hehe..turun pangkat.

 Walaupun dah banyak kali buat brownies  ni cm nak letak jugak resepinya ..bukan apa kadang kadang lupa jugak sukatannya.Jom kita lihat bahan-bahannya... resepi ni cm C&;P dari blog RinnChan tidak lama dulu.Terima kasih Rinn sebab brownies ni telah menjadi kesukaankami:)
MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Last sekali cm nak ucapkan selamat malam pada semua.semoga dibuai mimpi yang indah-indah ya:)

9 comments:

  1. wahhh...ciss brownie...lama dah tak makan..sedapnya...

    ReplyDelete
  2. sedap nyer cm...corak pun cantik jer tu

    ReplyDelete
  3. Hi Kak...that's a lovely marble cheese brownies! I'm gonna bookmark this! Will try for Diwali, hopefully!

    Angah, good job!!! ;)

    ReplyDelete
  4. Wor, sangat cantik sekali, I nak buat brownie soon.

    ReplyDelete
  5. bruce lee tembam datang.. watchaaaaaa! opss tergolek2 opah bwh meja.. sowi opah.. muekekekeke.... cantik ar marble akak! lama beno tak memarble cheese gini.... adehhhh tetiba teringin... suapkan! hehe

    ReplyDelete
  6. simple dan creatif..
    tentu sedap kan..

    ReplyDelete
  7. salam cm..cantik dan ayu kek angah tu..sepadan tuannya.

    ReplyDelete
  8. salam CM.. mamasyipah ambil resipi kek ni ya..minta khalal ya.

    ReplyDelete
  9. mama minta izin ambil resipi ni ..minta halal ya..

    ReplyDelete