LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 15, 2010

Nasi Goreng Rencah Udang Kering.

Selamat Tengahari.Ini menu untuk lunch kami tiga beranak.Nasi goreng Rencah Udang Kering.Sepatutnya dimasukkan cili api tapi anak dan suami tak boleh makan pedas jadi cm ganti dengan cili masak.Untuk memuaskan selera sendiri cm potong cili api dan gaulkan dengan kicap.Semasa makan  curahkan potongan cili api & kicap  keatas nasi goreng ni baru kaw kaw:)

Semua orang tahu bagaimana nak masak nasi goreng ni tapi cm nak letakkan juga  resepinya agar dapat anak-anak cm yang jauh di perantauan dapat buat panduan ....eh sebelum masak nasi goreng ni cm nak bagitau sekarang ni cm jadi "guru" tuition tau..haha anak muridnya sorang je..anak murid yang sentiasa nak lari..tak mau belajar hehe....Jom lihat siapa murid yang bertuah tu...
                                                                              v

                                                                              v

                                                                              v

haha inilah orangnya:)..jom kita lihat kerja hari ni....
hihi.......


Bahan-bahannya:
3 cawan nasi sejuk
2 biji telur
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 tbsp udang kering-rendam dengan air sekeap dan toskan.
2 biji cili masak-jika suka pedas boleh guna cili api.
garam,secukup rasa
gula secukup rasa
1 tsp serbuk lada hitam.
kicap pekat secukupnya
Sos tiram secukupnya
1 tangkai daun bawang
sedikit daun ketumbar
8 ekor udang segar.
1/2 batang karot-potong dadu.
Cara-caranya:

  • Daun bawang potong memanjang,daun ketumbar disiat-siatkan.-ketepikan.
  • Bersihkan udang
  • Bawang putih,bawang merah ,udang kering dan cili masak ditumbuk kasar.
  • Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan udang segar dan karot.Kacau rata.
  • Masukkan gula.garam dan kicap pekat serta sos tiram.Kacau .
  • Masukkan nasi dan gaul  hingga nasi mesra dengan bahan tumisan tadi.
  • Pecahkan 2 biji telur kedalam  kuali dan gaul kan hingga rata.Masukkan lada hitam & daun bawang.
  • Siap untuk dihidangkan.

8 comments:

  1. Wow...love this fried rice. I love fried rice.....everything in a plate.....fun to cook and easy to serve. Awww...the boy is so camera shy...haha. Hope you have a great day. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  2. salam cm..hehe nasi goreng fav.pakcik tu..mudah dan cepat kan..
    kakyam juga guru tuition buat marissa..malas juga..

    ReplyDelete
  3. salam makcik,
    emm baru jesemalam saya buat nasi goreng udang heheh... tapi makan sorang ni tak syokkk sangat lahh....

    ReplyDelete
  4. salam kak...mas pun suka goreng nasi letak udang kering....sedapp kan...

    ReplyDelete
  5. saya kalau order nasi goreng mesti minta nasi goreng cina...sebab takut pedas...

    ReplyDelete
  6. MaryMoh..Thank you Mary..hehe dia buat buat malu tu:)

    Kakyam..nasi goreng ni cepat dimasak sedap dimakan ..haish mmg liat nak baca buku:)

    Mas..wasalam..udang kering memang menjadi perencah utama kat rumah cm ni

    Yan..terima kasih..

    Dr.Sam..oh doktor Sam pun tak suka pedas ya:)

    ReplyDelete
  7. Zam..alamak terlepas pandang..sori Zam.
    Nasi goreng ni mmg sesuai untuk menu orang bujang hehe

    ReplyDelete