Pagi-pagi lagi cm tiba-tiba teringin nak makan kek buah versi bakar. Sekarang sedang menunggu kek buah masak jadi sementara tu cm nak letakkan menu lunch kami dua beranak ni:)....biasa lah jika kami berdua je ,menunya pun simple ..mee goreng.Kebetulan ada lagi 5 ekor udang dalam peti ais ..itulah rencah mee kali ini... Siap goreng mee sebelum masukkan kek buah kedalam oven......Lunch kena tunggu my little darling balik dari sekolah:)
Walaupun semua orang tahu nak goreng mee yang sangat simple ni ..cm nak letakkan juga resepinya.Jika si abang atau Atiqah nak goreng mee bolehlah lihat blog ni ya :)p
Bahan-bahannya:
1 paket mee kuning
1 tangkai sayur sawi
3 tangkai daun kucai
1 cawan taugeh
5 ulas bawang putih-ketuk kasar
1 biji telur
5 ekor udang -saiz agak besar
1 paket fish ball
1/2 tbsp cili sos
1/2 tbsp kicap pekat
1/2 tbsp sos tiram-
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam.
minumannya-Jus Kiwi
Cara-caranya:
- Potong sawi,kucai ,taugeh dan bersihkan & tos-ketepikan.
- Bersihkan udang,fish ball dibelah dua.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan udang dan fishball.Gaul rata dan masukkan sos tiram,sos cili dan kicap manis.
- Kacau rata baru masukkan garam dan gula serta sayu-sayuran tadi.
- Masukkan mee dan 1/2 cawan air.Gaul rata .Masukkan serbuk lada hitam.
- Last sekali pecahkan sebiji telur dan gaul hingga sebati.
- Siap:)...."termasuk" sayur lebih awal jadi sawi tu terlebih masak:(
salam cm..sedap nampak mee goreng you tu..hehe kerana terliur asam pedas tenggiri am.kakyam buat asam pedas tumis tapi menggunakan ikan sungai yg BIL tangkap kelmarin..fresh dan manis rasanya.
ReplyDeletewah kak yam ikan sungai lagi sedap..terkenang masa kecik kecik dulu..makan ikan sawah..hmmm bila la agaknya dapat makan ikan sawah ni.
ReplyDelete