LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, July 28, 2010

Butter Prawn With Egg Floss

Salam dan selamat tengahari semua.Hai sibuk betul hari ni banyak betul kerja rumah yang perlu disiapkan .Cuaca pulak mendung sedangkan kain cucian agak banyak.Kerja rumah ni takkan habis....tapi jika melakukan dengan gembira pastinya kurang rasa penatnya :)kurang je bukan tak penat tau:).....Salah satu menu  lunch untuk anak bujang cm hari ni  adalah Butter Prawn With Egg Floss.Sekali setahun balik bercuti rasanya biarlah puas jamu anak makan....rasa tak cukup masa pulak sedangkan menu berderet dalam kepala ni hehe (.Resepi ni menggunakan minyak yang agak banyak.)

Bahan-bahannya:
1/2 kg udang .
2 tangkai daun kari
3  tbsp butter+2 cawan minyak masak untuk goreng udang.
1/2 tbsp butter+ 3 tbsp air untuk tumis rencahnya.
2 tbsp butter+1/2 cawan minyak masak untuk goreng telur kuning-egg floss
6 biji cili api-potong kecil.
4 biji kuning telur.-pukul sikit dgn garfu
3- 4  tbsp susu cair.
1 tbsp gula.
1/2 tsp garam.
Cara-caranya:
  • Panaskan 2 tbsp butter&1/2 cawan minyak masak.Masukkan telur kuning dan kacau hingga garing atau telur bertukar menjadi perang.Toskan minyaknya.Ketepikan.(jgn berhenti kacau semasa menggoreng )
  • Kemudian   panaskan 3 tbsp butter&2 cawan minyak.Goreng udang hingga perang.Angkat dan letakkan atas tissu dapur agar minyaknya kering.
  • Guna kuali yang bersih.  Panaskan 1/2 tbsp butter dan  3 tbsp air.Masukkan cili api dan daun kari.Kemudian masukkan 3-4 tbsp susu cair.Kacau rata.Biarkan mendidi sekejap.
  • Kemudian masukkan gula dan garam.Last sekali masukkan udang goreng .kacau hingga sekata baru masukkan egg floss.Siap untuk dihidangkan.
Okay,selamat menjamu selera ya:)

21 comments:

  1. mmm sedapnyer udang...lepak reramai...CM erma dtg bawa pinggan ni he he he

    ReplyDelete
  2. salam..
    alahai raya ni jangan lupa jemput tau..
    tak tahan nafsu ku,nak makan masakan anda..hu hu

    ReplyDelete
  3. oh no!
    kenapalah sekali lagi jenguk CM masa lapar atau terus jadi lapar?

    ReplyDelete
  4. Hari ni cm masak butter prawn,saya pula masak sambal udang,ternyata cm punya lagi mengancam hehehe....

    ReplyDelete
  5. Oh thank you, thank you, Makcik Manggis. Ni makanan terpaling favourite saya, tapi tak tahu resipinya. Tak sabar-sabar nak cuba buat sendiri :) Mmmm...

    ReplyDelete
  6. salam Mak Cik,
    lama aku tak kunjung ksini banyak terlewat menu2 makcik ni...

    udang mertega nih sedap ya.. apalagi banyak egg flossnya.. haaha
    tapi ingat jangan banyak2 makan ni, colesterol bisa naik :)

    ReplyDelete
  7. ting tongg! bwk piring nih.. nak tapauuu... padahal aritu br mengudang! tak kira tak kiraaa nak jugak! hahahaha

    ReplyDelete
  8. salam kak CM,
    Gulp! kak CM, rasa nak bawa lari jer pinggan tu. sure dah abis kan? huhu. sedapnya!

    ReplyDelete
  9. Salam makcik..hehe saya juga masak butter prawns beberapa hari yang lalu :) resipinya lebih kurang sama aje tapi adalah ditambah cili padi hehe

    ReplyDelete
  10. Halamanku..hehe jemput makan ya,nak tapau pun boleh:)

    ReplyDelete
  11. wsalam zul hehe nanti raya datang open house ya:)

    ReplyDelete
  12. Salam pie..hehe puasa ke hari ni:)

    ReplyDelete
  13. salam Zai..kita suka lagi sambal udang zai..ni masak untuk anak-anak:)

    ReplyDelete
  14. Hai my dear Shaz..sama-sama..cuba lah tapi jika nak sedap lebihkan cili api ya:)

    ReplyDelete
  15. wsalam deetha..wah makcik dah lihat foto2 di fb..cantiknya gambar gunung ganang tu:)

    Ohhh mmg kolestrol tinggi ni:(

    ReplyDelete
  16. hana..aikk kuatnya ketuk pintu!hahaha

    ReplyDelete
  17. indahouse..hehe dah lama licin:)

    ReplyDelete
  18. selamat sejahtera Tummy..ya ke?sedap kan jika pedas.Ini menu kegemaran si kecik:)

    ReplyDelete
  19. Salam sekali lagi CM. Baru try resipi, sedap belaka. Harap CM don't mind, saya post-kan resipi ni (yang sudah diterjemahkan ke BI) kat blog saya ya? Terima kasih :)

    ReplyDelete