LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 29, 2010

Coloured Almond Sujee Cake

Salam dan selamat petang.Angin buat kek dah tiba tapi orang yang nak makannya tak ada.Ini satu lagi resepi kek yang ada kekacang.Kira resepi antik jugalah umurnya pun puluhan tahun :)buku resepinya dah tanggal kulit dan tulisannya pun dah kabur.Cara nak buatnya agak klasik juga hihi.Rasanya  pula seperti kek makcik-makcik zaman dulu yang masak guna oven butterfly warna hitam tu :).Jika guna marjerin lagi best agaknya.

Penggunaan tepung gandum yang sedikit.Apabila kunyah terasa kek yang berfibre sebab bahan utamanya adalah badam,tepung sujee dan telur yang banyak.Telur kuning.Awas ya...kolestrol ni:)..cm dah bagi amaran awal-awal ni....
Bahan-bahannya:)
8 biji kuning telur.
1 biji putih telur.
6 ozs gula halus
1 tsp vanilla.
 2 ozs tepung naik sendiri.
2 ozs tepung sujee-goreng tanpa minyak hingga perang
9 ozs butter.
1 tsp essen vanilla.
4 ozs badam -kisar halus-bahagi 3 dan warnakan merah,kuning dan hijau.Keringkan sebelum guna.
2 ozs badam-cincang -beli dah siap.

Cara-caranya:
  • Pukul butter hingga ringan dan campurkan badam goreng yang masih panas.Gaul rata dan biarkan semalam baru digunakan.
  • Besoknya  pukul lagi butter & tepung sujee hingga kembang.Ketepikan.
  • Pukul telur kuning,gula dan vanilla hingga sebati.Ketepikan.
  • Telur putih dipukul berasinggan hingga kembang&pekat.Ketepikan.
  • Kemudian campurkan semua adunan butter& sujee+putih telur dan adunan  kuning telur.Gaul rata.
  • Masukkan tepung dan 4 ozs badam  yg warna merah,hijau dan kuning.Kacau rata.
  • Sapukan loyang dengan sedikit butter dan alaskan dgn kertas minyak.Tuangkan adunan.Ratakan.
  • Akhir sekali taburkan 2 ozs badam keatas adunan kek.bakar hingga masak.(jika nak bubuh pewarna pada badam  tu pun ok jugak nampak lagi meriah :)

12 comments:

  1. salam cm..
    wow..kek suji..sedap tuh..kalerful lagi tuh...minta seketoi blh?hiihihhii

    ReplyDelete
  2. Angin buat kek dah tiba tapi orang yang nak makannya tak ada....

    aduhhh...orang yg tengah lapar nak makan ada kat Kemaman! hehe

    ReplyDelete
  3. salam,
    ziarah CM tanda sokongan.
    nak komen xboleh sbb...
    masak malas, nak makan tak boleh! :)

    smoga cm sekeluarga berbahagia dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  4. salam cik manggis...
    sya da penah wt da kek suji ni tapi xmjadik
    trus frust...
    hihihi..
    trun ilmu pusaka kekesuji ni cket...

    ReplyDelete
  5. Salam makcik. Saya juga amat suka buku resipi yang lama. Kenapa tidak ada yang berminat nak makan ni> :)

    ReplyDelete
  6. Chemp..kek orang dulu-dulu nih

    ReplyDelete
  7. hi Sonia..terima kasih:)hanya suami dan saya saja yang makan..anak-anak takut nak makan sb banyak telur kuning:(

    ReplyDelete
  8. salam Fa..eh kat Kemaman ke?sedap kopok lekor kemaman tau:)

    ReplyDelete
  9. wsalam pie..terima kasih atas sokongan.semoga ceria-ceria selalu:)

    ReplyDelete
  10. salam eliya..ada satu lagi kek suji yang senang.Cuba cari tag kek Semolina.Insyallah senang & sedap.Resepi asal mar gebu.

    ReplyDelete
  11. Selamat sejahtera Tummy..ada beberapa buah buku masakan lama.Makcik nak salin dalam buku baru:)

    Dia orang tak mau makan sb nak jaga badan:)

    ReplyDelete