LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 11, 2010

lompat Tikam

Pulut Merah Sirap gula melaka kepala santan Lompat tikam Salam dan selamat petang tuan -tuan dan puan-puan.Adakah anda semua tergoda dengan ke enakan kuih lompat tikam yang cm tayangkan ini?uiskkk..sedapnya selepas disimpan dalam peti ais sebentar...yum..yum...Sebenarnya pagi tadi cm singgah di blog kakyam ..wah..tergoda dengan cerita kuih muih tradisi negeri cik siti wan kembang tu...jadi petang ni cm mulakan projek lompat tikam.rasanya tak sampai 1 jam melompat dan menikam .... dah beres hehe dah boleh makan..jom lihat resepinya:)

Bahan-bahannya:)
1 cawan tepung beras
1 tbsp tepung jagung
3 1/2 cawan air di kisar bersama 6 helai daun pandan dan tapis sedikit air kapur

Cara-caranya:)
  • Satukan semua bahan-bahan diatas.kacau hingga tiada ketulan tepung.
  • Masakkan atas api yang sederhana dan sentiasa kacau agar tidak hangus
  • Bila adunan kuih telah berkilat warnanya tuangkan kedalam loyang yang sesuai.Sejukkan.
  • Bila telah sejuk potong mengikut selera masing masing dan hidang bersama pulut merah,air gula melaka dan santan.
Bahan-bahan untuk kepala santannya:)

1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit garam
2 tbsp tepung beras
1 helai daun pandan

Cara-caranya:)

Satukan semua bahan-bahan diatas
Panaskan atas api dan kacau perlahan-lahan.Bila mendidih matikan api.sejukkan sekejap.Jika suka pekat boleh tambahkan sedikit lagi tepung beras tapi cm suka yang agak-agak berkuah:)

Sirap gula melaka:

1/2 cawan gula merah dimasak dengan 1 cawan air dan sehelai daun pandan hingga pekat.sejukkan baru dihidangkan bersama lompat tikan:)

Pulut merah:

1 cawan pulut rendam selama 1 jam.Bersih dan toskan.Masukkan 1/3 cawan santan,sedikit garam,sedikit pewarna merah dan 1 helai daun pandan.Kukus hingga masak:)

20 comments:

  1. salam cm... wah terliurrrrnyeee ilah tengok ..minta semangkukkkk hehehee..siap pulut lagik tuuu mmg sedap niii

    ReplyDelete
  2. salam cm..
    ya amponnnnnnnn sedapnya lopat tike..lamo bnar dah x make hok sedap gini...bab pulut tuh hok pecah liur nie....

    ReplyDelete
  3. salam cm..wah meriahnya lompat tikam you tu,ni baru benar2 lompat tikam , sebab pulut merah tu terliur kak yam dibuatnya..kalau dekat rasanya bawa mangkuk besar singggah rumah cm hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam CM, betul- betul menikam kalbu.....lompat tikam tu...

    ReplyDelete
  5. amboi2... sedapnya nampak.
    kalau kat pahang cuma kaler putih dan hijau!

    ReplyDelete
  6. waduh penatnye kita..cikmanggis! bila cm bgtau kata ada lompat tikam jer, mcm pelesit kita berlari ke sini tau!! ada x lagi belen kuihnye lam peties tu cm?? cian kita kempunan nnti..

    ReplyDelete
  7. salam jalilah...pulut tu yang menambah seri lompat tikam hehe.Terima kasih kerana sudi tinggal jejak:)

    ReplyDelete
  8. salam chemp..hehe ampoonnnn dah habis:)kalu dok kelate senang nak makan kuih muih ni..tapi kat sini kena wat sendiri..

    ReplyDelete
  9. salam kak yam..hehe no problem..bawa bekas insyallah cm isikan:)ni kuih kegemaran cm !

    ReplyDelete
  10. salam Aziam..menikam kalbu?patutlah nama nya lompat Tikam hehe

    ReplyDelete
  11. salam en piewahid..eh kat Pahang pun ada lompat tikam ke?jika camni lain kali bila balik rumah mil kat Pahang boleh cari Lompat Tikam pahang la:)

    ReplyDelete
  12. salam Inahar..hahaha lawak la ina ni..cam pelesit?kihkih takut la pulak:)

    ReplyDelete
  13. CM. Cm, kita tak pernah rasa lompat tikam ni...Macam rumit ajer buatnya...harus pukul 5 pagi gerau dah bangun kalau nak buat kuih ni...

    ReplyDelete
  14. Hi CikManggis, WOW! That is beautiful, one of the most beautiful desserts I have ever seen....Outstanding!
    Love the colours. You are very good.
    Ada lagi? Ha ha.
    Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    ReplyDelete
  15. salam gerau..sebenarnya tak susah..cuba buat.Gula melaka boleh masak awal,sehari dua sebelum nak buat lompat tikam.Berbaloi-baloi gerau..sedap..tak rugi buat.Cuba lah:)

    ReplyDelete
  16. Dear uncle Lee..terima kasih atas pujian tu..hehe tapi sori la uncle...dah habis..ok saya simpan satu lagu dalam hati:)

    ReplyDelete
  17. *air liur meleleh* kalau boleh pos, mesti sy mintak makcik pos sikit utk saya... uwaa!! nampak sedap sgt!

    ReplyDelete
  18. salam yang yang..hehe mmg sedap tapi tak boleh pos yang..hmm makcik pos resepi je:)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum....

    Jumpa gak resepi kuih favourite time bulan puasa nie..boleh cuba buat.

    TQ

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum....

    Jumpa gak resepi kuih favourite time bulan puasa nie..boleh cuba buat.

    TQ

    ReplyDelete