LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 13, 2010

Cheesy Baked Rice

Assalamualaikum , selamat sejahtera dan selamat petang.Dah masuk waktu solat asar ni...nak buat n3 for today kemudian solat dan terus ambil anak kat sekolah agama.Rutin harian ni,tak kira sihat ke,demam ke...terpaksa pandu kereta ke sekolah. Pagi tadi ajak Liza ke Bangi nak beli bahan-bahan untuk buat kek di kedai Yummi bakery agak lewat balik untuk masak makan tengahari.Jadi cm masak baked rice yang merupakan one dish meal.Main campak-campak je:) tapi anak & ayah sangat suka:) dan ibu pun pastinya sangat gembira dan berpuas hati:) Jom kita lihat apa yang cm campak-campak tadi....

 Bahan-bahannya:) \

2 cawan beras basmathi-cuci dan toskan
 1 labu bawang besar-potong dadu
 3 ulas bawang putih-ketuk hancur
 3 tbsp planta
 4 cawan air
 150 gm isi ayam
 10 ekor udang
 sedikit sayur campur-karot.jagung dan peas garam
2 batang daun ketumbar-patah-patahkan
4 batang sosej ayam-potong bulat bulat serbuk lada hitam
300 gm mozarella cheese sedikit tomato sos sedikit cili sos kiub nenas secukupnya(cm guna yang dalam tin 1/2 tin kecil)

 Cara-caranya:
  • Panaskan planta kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan beras dan kacau-kacau sekejap baru masukkan air,garam dan lada sulah.
  • Kemudian masukkan isi ayam,udang,sayur campur,daun ketumbar dan potongan sosej.Gaulkan hingga rata.
  • Bila nasi telah masak alihkan nasi kedalam loyang atau bekas yang sesuai yang boleh digunakan dalam oven
  • parut keju dan ambil sedikit gaul dengan nasi hingga rata.
  • Lepas tu aturkan kiub nenas atas nasi dan taburkan keju selebihnya atas permukaan nasi.Letakkan sedikit cili sos dan tomato sos atas nasi tadi
  • Bakar hingga cheese cair atau bertukar warna perang seperti kita masak pizza.siap:)makan ketika ianya masih panas.
Jika suka boleh letakkan sayur sayuran seperti karot,brocoli bunga kobis dan cendawan.

4 comments:

  1. salam cm..sedapnya masakan you hari ni..macam pizza je..tapi dgn nasi..unik..kalau dah seisi rumah suka maknanya sedaplah tu..kak yam dah lama tak jadi driver ni sejak operation hari tu..

    ReplyDelete
  2. salam kak yam..ni resepi kecemasan kak yam:) eh kak yam operation,sakit apa?maaf lah kak yam..ingin tahu:)

    ReplyDelete
  3. salam cikmanggis,
    special sungguh nasi ni kak. kalu My Hubby, sah2 dia ingat pizza nih. nak rasa cikit...hihi

    ReplyDelete
  4. salam indahouse..hehe pizza nasi:)

    ReplyDelete