LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, March 7, 2010

Nasi goreng kerabu

Bahan-bahannya:) 4 ulas bawang putih-tumbuk kasar 1 kuntum bunga kantan-mayang halus 5 ulas bawang merah-mayang halus 6 ekor udang sederhana besarnya 3 ekor sotong segar 4 batang kacang panjang-potong kecil 2 biji telur 100 gm cendawan 1 batang serai-potong nipis 4 helai daun limau purut-mayang halus 1 tangkai daun kesom-potong halus 1 mangkuk nasi sejuk 3 tbsp sos tiram 3 tbsp kicap pekat 1 ketul kiub ikan bilis garam dan gula secukup rasa 1 biji cili masak-potong bulat 5 biji cili api(kita tak guna) 1 biji limau nipis
Cara-caranya:)
  • Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih hingga naik baunya.Masukkan bawang merah dan goreng sampai semerbak baunya.
  • Masukkan sotong dan udang.Kacau rata dan bubuhkan garam,gula,kiub ikan bilis,sos tiram dan kicap manis.Kacau hingga rata.lepas tu baru masukkan kacang panjang,cendawan dan bahan-bahan hirisan yang lain.Gaul rata.
  • Pecahkan 2 biji telur dan kacau biar sekata.
  • Masukkan nasi kacau rata,perlahankan api dan biarka nasi goreng atas api sekejap.
  • Siap untuk dihidangkan bersama ikan keli goreng....perah limau nipis keatas nasi goreng..baru makan...sedappp

8 comments:

  1. wah..terbau2 harumnya..ada bunga kantan, daun limau..fuhh..dah lama betul tak dapat makan nasik..mengidam betul..sabar ajela..tunggu la sikit ari lagi..bila badan dah kuat, mesti masak nasi goreng nie..

    ReplyDelete
  2. cikmanggis kita mmg suker mamam nasi goreng kerabu ni kan..seme cukup kat lam tu ..mcm2 adaaa!!

    ReplyDelete
  3. Tingtongggg!!! Nak nasi goreng!!!

    What a collage of pics! Great lor! ;)

    ReplyDelete
  4. salam,

    salam kenal dan ziarah cikmanggis.

    sedapnye, resipi. bole la menambah idea saya tuk masak2. tengkiu!

    bile2 free jalan 'umah' saya ye. :)

    ReplyDelete
  5. salam Achik..achik mengidam ke hihi..bagus la mudah-mudahan achik sihat ..nnt datang rumah, makcik masak sedap-sedap ya hehe

    ReplyDelete
  6. inahar..kerja ke hari ni..nasi goreng kerabu ni balance diet bagus untuk orang yang busy.Masak pun cepat

    ReplyDelete
  7. Love..masuk..sila masuk hihi..thanks Love!!

    ReplyDelete
  8. salam Paij..terima kasih..jap lagi cm sampai..tunggu ya

    ReplyDelete