200 gm ikan bilis di goreng garing -ketepikan
10 biji cili kering dibuang biji dan direbus sekejap supaya tidak terlalu pedas
3 labu bawang besar(kita memang guna banyak bawang)
1 ulas bawang putih(tak bubuh pun tak apa)
sedikit belacan(sebesar ibu jari)
gula melaka secukupnya
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Blend cili kering,bawang besar,bawang putih dan belacan sampai halus.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblend hingga naik baunya.Masukkan ikan bilis,gaul rata.Kemudian masukkan gula melaka,garam dan asam keping.kecilkan api dan masak dengan perlahan-lahan hingga kuahnya pekat dan bertukar warna agak gelap sikit.jika masih merah menyala maknanya sambal tak cukup masak tambahkan sedikit air dan biar mendidih dan kuahnya pekat.
Pastikan sambal cukup masak untuk mengelakkan sakit perut selepas makan sambal.
sedang buat negotiation...tengok tu sanbil letak tangan atas dapur gas...satu lagi..amad tak suka makan ubi..tu pun makanan orang tua-tua..budak-budak mana makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis.Sambal ikan bilis orang makan dengan nasi lemak...ala masak la nasi lemak mama!!...eh eh kenapa adik pakai baju ni kan mama baru basuh?hari-hari pakai baju ni.....tadi amad ambil kat tempat jemur kain tu
Petang tadi cm masak sambal ikan bilis kerana nak makan dengan ubi rebus.Minum pulak kopi panas.kita memang suka makan ubi tak jemu-jemu..dari kecik sampai ketua.
cikmanggis, dimana resipi untuk sambal ikan bilis tu?
ReplyDelete3 hungry tummies...ok cm nak letakkan resepi sambal ikan bilis:)
ReplyDeletehari tu...masa kita balik Johor, kat hentian al-ikhsan ada buat sale...apa lagi..si kentang, ngendeng-ngendeng dapat baju MU satu gak...he he he
ReplyDeletesalam gerau...kat jejantas tu ke?budak-budak ni jika minat dorang ambik tahu semua hal ehwal MU :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak! Esok saya nak masak ni! :)
ReplyDeleteHi KakCM ~ hru doing today???
ReplyDeleteWow, nasi lemak besnya!!! Actually I'm gonna cook nasi lemak too today! Hahaha, request from my son and sister...:)
Oooo ur son MU supporter eh..my hubby is a die-hard Chelsea fan! :)