LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, March 19, 2010

Kuih lapis

Salam dan selamat petang !sudah minum petang ke belum?minggu depan sekolah akan dibuka dan anak-anak akan kembali semula ke sekolah setelah seminggu bercuti.Masa berlalu begitu pantas...Semasa anak-anak cm masih kecil waktu cuti sekolah begini sangat seronok,masak apa saja sambutannya hebat..habis dalam sekelip mata.Sekarang hanya tinggal kenangan.anak-anak semuanya dah besar dan ada yang telah berkahwin.Yang tinggal hanyalah anak bongsu cm ni:)..buah hati ,intan payung hehe Petang ni cm masak kuih kegemaran ayah dan anak.kuih lapis,dan minum teh cina..sedapnya:).Jom lihat bahan-bahan yang di perlukan.

 Bahan-bahannya:)

 175 gm tepung gandum
125 gm tepung beras
1 tbsp tepung jagung
 1 cawan gula+1 1/2 cawan air dimasak hingga gula larut-sejukkan
1/2 tsp garam
200 ml santan pekat+600 ml air
 pewarna merah

 Cara-caranya:
  • Satukan semua bahan bahan diatas kecuali pewarna merah kedalam satu bekas.kacau sampai sebati kemudian tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi diwarnakan merah
  • Panaskan pengukus.
  • Ambilkan sesenduk adunan warna putih curahkan kedalam loyang dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  • Kemudian tuangkan pula sesenduk adunan warna merah keatasnya.Kukus lagi hingga masak
  • Lakukan peroses yang sama sehingga selesai
  • Akhir sekali kukus selama 20 minit dan buka tutup pengukus dan biarkan selama 5 minit sehingga permukaan kuih kering baru padamkan api.
  • Tunggu sehingga kuih betul betul sejuk baru dipotong.

10 comments:

  1. salam cm..berkilat nberseri n sama rata lapisannya..ni mesti tukang masaknya jenis yg sabar n tekun..kalau mak cik la agaknya lapisannya tebal agar cepat siap hehehe

    ReplyDelete
  2. Macik, sampai sekarang saya masih megupas lapis demi lapis :)

    ReplyDelete
  3. salam kak yam..membuat kuih lapis mengajar cm jd penyabar hihi tp saya buat dalam skala kecil je.

    ReplyDelete
  4. OMG, such a silky kuih lapis! Cantik lor akak lapis. Mintak cikit! Hehe.

    ReplyDelete
  5. 3 hungry tummies..hehe my son pun makan kupas lapis demi lapis:)

    ReplyDelete
  6. love..omo omo..hehe love makan nasi ke malam ni?

    ReplyDelete
  7. ini kuih susah bagi kita...tapi masih dalam senarai...gerau memang fail lah kalau buat kuih tradisional ni...apalah sawannya. Tapi nampak sweet ajer.Macam senyuman along, anak CM masa potong kek kawin tu.

    ReplyDelete
  8. gerau..boleh cuba resepi ni,insyallah jadi.eh itu alang bkn Along hehe langkah 2 bendul tu:)

    ReplyDelete
  9. cikmanggis..cun sgt kuih lapis cm nih!! mmg rasa nk gigit2 dah haa!!hehe..pepun kerabu jantung pisang tu mmg kita suka banget..tp dh lama x merasa..waduh terliur dah ni!

    ReplyDelete
  10. salam inahar..kerja malam lagi ya?jika kita berjiran dapatlah cm hulur-hulurkan hehe

    ReplyDelete