LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, March 20, 2010

Mee hoon Goreng

salam dan selamat pagi.Inilah sarapan kami 3 beranak pagi tadi...oops lupa 4 beranak ,along balik hari ni:).Semua orang tahu hendak goreng mee hoon kan?tapi tak apalah cm nak letakkan juga resepinya.Ini resepi bajet....apa yang ada dalam peti sejuk je.Rasanya boleh tahan juga tambahan pula cm makan dengan cili dan kicap..hmmm berpeluh-peluh ! Bahan-bahannya: 1/2 paket bihun kering rendam dengan air hingga lembut(air paip) 4 ulas bawang putih 2 tbsp udang kering 1 paket fish ball 3 keping fish cake sedikit daging-potong nipis 1 biji cili masak 2 tangkai sawi 1/2 batang lobak merah-parut kasar daun sup , daun bawang dan bawang goreng secukupnya limau nipis 1/2 tsp garam 1/2 tbsp gula 2 tbsp sos tiram 2 tbsp kicap pekat 3 tbsp sos cili Cara-caranya:)
  • Tumbuk bawang putih dan udang kering hingga hancur.
  • Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan udang kering hingga naik baunya
  • Masukkan fish ball,fish cake dan daging.kacau rata dan masukkan sedikit air.
  • Masukkan parutan lobak merah dan sawi.Gaul rata.
  • Lepas itu baru masukkan semua sos,garam dan gula baru masukkan bihun(tos dulu bihun tu ya)
  • perlahankan api.Gaulkan mee hoon sampai benar-benar mesra dengan bumbunya.
  • Hidangkan dengan potongan limau nipis,daun bawang , daun sup ,bawang goreng serta cili potong.Siap:)

2 comments:

  1. salam cm, wow johan kali ni..mee hoon goreng memang sedapkalau makan dengan cili kicap. kak yam kalau kerestoran bila order mee hoon goreng pasti minta cili kicap..lagi pedas lagi sedap kan ...

    ReplyDelete
  2. salam kakyam..btol tu,jika tak pedas tak best tp disebabkan semua yang ada kat rumah cm ni alah pada pedas..terpaksalah buat kicap & cili untuk diri sendiri:)

    ReplyDelete