LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, September 3, 2009

Sira Labu

Salam untuk semua.Hari ni cikmanggis nak berkongsi resepi yang paling senang sekali...iaitu Sira Labu.Jika kat kampung cm orang panggil labu ni sebagai labu punggi..hehe orang tua-tua je tau nama ni.Jika ada majlis kenduri maka labu sira ni termasuk dalam menunya tapi kebelakangan ini ianya seperti telah dilupakan.Rasanya jika dikampung-kampung masih ada lagi. Sira labu ni bukan sebagai pencuci mulut ya..jangan terkejut!! tapi sebagai "lauk" kerana ianya di makan bersama-sama nasi.Begitu juga dengan tembikai,orang kampung cm makan dengan nasi buat "ulam"hehe semasa cm mula mula kahwin dulu,terbeliak mata suami cm,terkejut dan pelik kerana cm makan nasi berulamkan tembikai hihi.Jom kita tengok resepinya:) Bahan-bahannya:) 5 potong labu -buang kulitnya sedikit kapur 4 sudu makan gula 5 kuntum bunga cengkih 2 helai daun pandan 3 sudu makan air Cara-caranya:)
  • Cuci bersih potongan labu tadi dan rendam dengan air kapur selama 15 minit-bila direndam dgn air kapur labu tidak mudah hancur dan isinya pejal.
  • Bilas dengan air bersih dan toskan labu tadi.
  • Masukkan dalam periuh dan masak dengan api yang perlahan.Jika air dari labu tu dah kering dan labu belum empuk baru tambahkan 3 sudu air tadi.Selalunya jika kita memasak dengan kuantiti yang besar tak perlu bubuh air kerana air dari labu tu cukup untuk masak labu.
  • Jangan lupa masukkan bunga cengkih dan daun pandan ya.
  • Apabila labu telah empuk baru masukkan gula jika mengikut resepi asal orang tua-tua,mereka menggunakan gula yang banyak agar sira labu bertahan lama...tapi ingat ya..gula ni "racun" jadi kurangkan manis...oh ya,masak labu sehingga airnya likat .
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa:)

11 comments:

  1. Salam cikmanggis...
    sedapnya sira labuuuu.... kita kan cikmanggis memang suka sesangat lebih suka dia dari sira pisang atau ubi...heheh

    cikmanggis dtg umah kita ek nnt raya...kita dah sound datin mintak dtg ngan cikmanggis... jemput sekeluarga boleh kenal2 hehe...InsyaAllah nnt kita wat nasi dagang :)

    ReplyDelete
  2. x penah mkn la sira labu ni
    tpkan..cikmggis ni kat suspek tol la
    sllu sgt buat kueh yg terlalu tradisional smpi
    aku x tau pun itu kueh ape..hehehe

    ReplyDelete
  3. wah mkn dgn nasi?
    pasti sedap dan manis nie~

    ReplyDelete
  4. salam kak sy mmg tak pernah makan,kalau timun cina tu mak sy kalau x de selera itu je yg dia makan ngan nasi

    ReplyDelete
  5. salam kenal, masuk tanpa izin..
    betul ker labu utk makan dgn nasik? 1st time dengar, biasanya utk makan dgn nasik kita gulai jer labu tu, tp tu ler kebaikan berblog kan, dpt byk2 pengetahuan, terimakasih dgn resepi tu tapi..tak pasti sanggup ker tak mencuba sebab segan dgn manis2 nih hee..

    ReplyDelete
  6. fzi..mmg sedap sira labu ni..hehe terima kasih atas pelawaan, insyallah ada rezeki berjumpa lah kita:)..nasik dagang?kegemaran kita tu!

    ReplyDelete
  7. el...hehe cikmanggis ni orang veteran,rasanya baya-baya mak el jadi resepinya pun klasik!

    ReplyDelete
  8. Manje..sape sape yang suka manis tu pasti enak makan sira labu ni manje..cuba lah sebagai pencuci mulut.Makan dengan nasi tu,hmm bagi orang yg tak biasa mungkin rasa pelikkan?

    ReplyDelete
  9. salam chik mi..jika tak biasa makan manis tentu tak sesuai dgn selera....sebenarnya makanan manis ni tak elok utk kesihatah tp ni special bulan ramadhan je

    ReplyDelete
  10. queenjah..terima kasih kerana sudi singgah ke blog cm ni,selamat berkenalan

    ReplyDelete
  11. SALAM CM
    sy nie pon pminat sira labu..kalu make siro labu, mesti ingat bekwah kat kg..mesti ade sira labu @ kerabu sare..perghhhhhh..sdap...timun cino kalu make dgn nasi..kompem.yummyyyyyyyy...

    ReplyDelete