LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, September 4, 2009

Kuih Bom Keledek

Apa khabar hari ni?cepat betul masa berlalu,diam tak diam dah separuh bulan kita berpuasa.Alhamdulillah rasa seronok sangat dapat berpuasa dengan anak-anak pada tahun ni.seorang je kurang..Atiqa berpuasa diperantauan.Syukur kerana dalam bulan puasa ni terasa lebih sihat,lebih bertenaga...ini lah kelebihan Ramadhan.

 Pagi tadi sempat melawat blog ChikMi dan nampak kuih Bom ChikMi,comelnya,cm pernah buat kuih bom ni tapi meletup masa menggorengnya ...... bukan yang bubuh keledek.Terima kasih ChikMi!! cm dah ambil resepinya dan dah siap masak.Belum dapat rasa lagi tapi rupanya sangat cantik
.Jom kita tengok bahan-bahannya ya:

 Bahan-bahannya:)
 80 gm keledek rebus dan lenyek halus
120 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
 35 gm gula halus
 secubit garam
100 ml air
 bijan secukupnya
inti kelapa secukupnya

 Cara-caranya:)

 Campur semua bahan-bahan diatas kecuali bijan dan inti kelapa dan gaul sampai sebati.Bahagikan kepada 12 bebola kecil.Isikan inti kelapa dan bentukkan bulat.Golekkan dengan bijan.Goreng dengan api yang sederhana panas agar kuih bom masak dengan sekata.Jangan risau "bom" ni tak meletup:)..... Selamat mencuba dan terima kasih ChikMi!!!

13 comments:

  1. salam kak wah putrajaya pun dah kena bom ye .hihihihihi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikmanggis.. mekaseh singgah sokmo blog min..esok nak try kuih bom keledek ni..kalau x meletup leh buat selalu.. kalau x, masa menggoreng kene pakai helmet.. heee..!!lama gak min dok thailand CM.. ada gak laa belajar masak makanan dorang..min bz sokmo masa kat sane..

    ReplyDelete
  3. cantiknya pinggan.Sedapnya kuih buat sendiri. kalau dekat ngan cik manggis, kita buat mi hun kita hantar sepiring. mesti dapat balasan kuih bom ni kan? he he he. beri ada tujuan.

    ReplyDelete
  4. salam cik manggis...janganlah sedih bila anak nak gi jauh...kamu dah ada pengalaman dah...akak ni baru anak yang pertama gi merantau jauh...kita doakan aje agar anak-anak kita berjaya di sana..

    luperlah nama anak kamu ni...sape ek nama dia..kena check dalam album balik ni...

    dulu tak suka buat kueh bom ni..sebab meletup sampai sakit tangan...skrg ni dah tahu rahsia sebenar..

    ReplyDelete
  5. cikmanggis.bila nak stat buat biskut raya..

    ReplyDelete
  6. ni pun feberet aku la cikmggis
    ok salin amek resepi ye..nak torai
    aku ni dr dulu dok torai2..tpi tak buat2 jugak
    kahhhhhhhhhhhhhh

    selain inti kelapa leh taruh ape eh cikmggis

    ReplyDelete
  7. mamamin...eh sedap lah kuih bom ni..kulitnya liat-liat,cuba lah buat min,buat separuh dapat 6 biji,3 untuk sahur,3 untuk berbuka..cukup la min sorang

    ReplyDelete
  8. gerau..ya la..jika kita berjiran hari-hari dapat tukar kuih kan!!

    ReplyDelete
  9. kak ina kl..sedih tetap sedih walaupun ni dah yang ketiga berpisah..yang ni pulak sangat manje dgn cm dan kakak kakaknya,..demi masa depan..apa boleh buat.Nama anak cm ni Zuhri

    ReplyDelete
  10. datin el..entah lah datin..tunggu setel hal zuhri ni baru pk nak buat ke tidak sebab along dah order banyak kuih kat muar,angah pun dah order kat tempat dia kerja.

    ReplyDelete
  11. el..salin je el,mana tau nnt ada masa boleh buat.

    ReplyDelete
  12. sedap kuih ni.antara kuih kesukaan saya

    ReplyDelete