LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, September 5, 2009

Bihun goreng putih

Salam dan selamat petang sabtu yang indah ni,doa cikmanggis agar kawan-kawan semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran kerana di kurnia Allah Taala kesihatan yang baik,rezeki yang cukup dan tinggal di bumi Malaysia yang aman damai ini.Alhamdulillah...bayangkan jika kita berada di bumi Iraq atau pun Somalia.....oh tidak..... Suami sentiasa menginganti cm agar sentiasa bersederhana dalam menyediakan makanan terutama dalam bulan Ramadhan ni.Jangan membazir kerana itu adalah amalan syaitan...ingat pada orang-orang susah......kadang-kadang kita lupa! Hari ni cm masak bubur nasi dan bihun goreng.Minumannya seperti biasa teh cina panas dan sirap untuk anak-anak . Tidak ketinggalan buah kurma.Pagi tadi singgah rumah Kucingorengemok ternampak bihun goreng putih,nampak sangat sedap ...suami dan anak-anak pasti suka bihun goreng yang tak pedas ni.Terima kasih kog kerana bg idea ni:) Bahan-bahannya:) 1/2 peket bihun kering-rendam dalam air biasa 6 ulas bawang putih-ketuk 1/2 labu bawang besar-cincang halus 1/2 batang karot 2 batang sawi dan sedikit bunga kobis 1 biji buah tomato sedikit lada putih 1 ketul sup bunjut 1 ketul kiub pati ayam garam dan gula secukup rasa 1 batang daun sup dan daun bawang 150 gm daging 1/2 peket fish ball 100 gm udang 100 gm sotong 2 kelopak daun kobis Sos tiram dan sos cili secukupnya Cara-caranya:)
  • Rebus daging bersama-sama sup bunjut dan pati ayam sampai daging empuk
  • kemudian potong daging nipis nipis
  • Panaskan minyak tumis bawang putih sampai naik baunya baru masukkan udang ,sotong dan hirisan daging tadi
  • Masukkan karot,sos tiram,cili sos,garam, gula dan lada putih
  • Masukkan air rebusan daging agak-agak secawan baru masukkan sayur-sayuran yang lain tadi
  • Lepas tu masukkan bihun dan kacau sampai rata jika bihun agak kering tambahkan sedikit air rebusan daging .
  • Kacau bihun biar rata dan hingga bihun masak.Taburkan bawang goreng,cili merah potong dan hirisan daun bawang dan daun sup.Siap!!!

7 comments:

  1. Kita pun suka bihun ni. Tapi kita suka letak lada hitam atau lada sulah.

    ReplyDelete
  2. kak cedapnya nak pulak sayur mayur yg kat ateh tu,sy pong sukeee sangat

    ReplyDelete
  3. gerau.bila masuk lada pepper bangkit baunya..sedap!

    ReplyDelete
  4. kog..t.kasih..kita dapat idea bila lihat menu tu kat blog kog

    ReplyDelete
  5. chikmi..rasanya terlebih sayur tu sebab suami cm nakkan sayur lebih!

    ReplyDelete
  6. bihun gorg puteh ni supe ngan bihun grg spore ke..lebih kurang kot..el sllu gak msk bhn ni...
    bak kata org menu org malas..hehehehe

    ReplyDelete