LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, August 25, 2009

Lopes abuchang

Bahan-bahannya:) 300 gm beras pulut 2 inci abuchang Air secukupnya gula melaka-masak denga daun pandan hingga jadi sirap pekat Kelapa parut secukupnya-putih sahaja sedikit garam Daun pisang secukupnya Tali rafia Cara-caranya:
  • Rendam beras pulut dengan abuchang selama 3 jam
  • Cuci beras pulut dan toskan airnya
  • Masukkan 2 sudu makan beras pulut kedalam kelongsong daun pisang dan bentukkan segitiga.Ikat kemas-kemas dengan tali agar tidak terkeluar semasa merebusnya
  • Bila semuanya siap dibungkus,masukkan kedalam periuk.Tuangkan air hingga menutupi kuih.Masukkan beberapa helai daun pandan.
  • Rebus hingga masak-oleh kerana cm bungkus dalam saiz yang kecil,ianya ambil masa sejam lebih je untuk kuih masak
  • Bila kuih sudah masak toskan airnya dan biar kuih sejuk
  • Masukkan sedikit garam kedalam kelapa putih.
  • Gaulkan kuih dengan kelapa dan hidangkan bersama sirap gula melaka.
Kuih lopes ni lain rasanya dari pada lopes pandan.Ianya lebih kenyal dan baunya pun wangi. Lopes abuchang ni ada rasanya imbas imbas kuih chang yang plain,yang tiada inti.Mungkin disebabkan cm suka makan kuih chang jadi selera cm sesuai dengan lopes abuchang.Resepi asalnya cm ambil dari SINI

20 comments:

  1. Pestaim dgr lopes abuchang ni CM... berbalut balut cam ketupat pon ade tu.

    ReplyDelete
  2. cm..lepas solat teraweh mesti nak pekena bende manis2 sket lopes ni sesuailah..ada lg tak..

    ReplyDelete
  3. salam...
    cikmanggis kita sama macam ijan pestaim dengar lopes abuchang ni...hehe... ada dalam kamus dewan ke ni cikmanggis..hehe gurau je..
    Sedappp kueh lopez, kita suka sangat!

    ReplyDelete
  4. salam cm.. wah! buat lopes abuchang eh..cam orang singapura jerk..sedare2 min belah singapura kalau buat lopes mmg la rendam abuchang dulu.. sedapkan..

    cm..min malas masak hari ni..nak berbuka umah cm boleh taaakkkk?..

    ReplyDelete
  5. Salam Akak CM...kita pun tak pernak makan lopez Abu Chang ni...lopez yg biasa tu pernah le....nak sikit ...malam karang le..sekarang tak boleh le!

    ReplyDelete
  6. lawa lopes duduk dalam pinggan klasik tu... mcm gambar tahun 1974, kak! :)

    ReplyDelete
  7. makcik,
    abuchang tu bahan ape?
    rupanya cmne?
    manje teringin nak makan lopes nie..
    tekak bulan puasa ni memang bermacam2 hendaknye~

    ReplyDelete
  8. Ni sebiji kuih Chang yang ala-ala tok nenek gerau makan. Mesti best ni. Rajinnya cik manggis, membungkus-bungkus. Kalau gerau, mesti rajin bungkus 2 bungkus je, yang lain mesti terbengkalai.

    ReplyDelete
  9. waaaaaaaaa lopes akak lagik dasattt!! syoknyer mkn yg bungkus daun pisang nih kan kak! adoiyaii terliur lagik dbuatnyer! ngeeeee

    ReplyDelete
  10. salam cikmanggis..laa abuchang tu apa ek?? pestaim dengor nih!

    ReplyDelete
  11. ijan..abuchang tu nama glemer hihi

    ReplyDelete
  12. lepas terawih cari moreh kat dapur,cari saki baki kuih

    ReplyDelete
  13. salam fzi...abuchang tu nama nak kasi gempaq gitu :)

    ReplyDelete
  14. mamamin..mmg sedap min,liat-liat gitu,lopes pandan tu kadangkala peroi sket.

    ReplyDelete
  15. salam watierman..lama tak nampak kelibat watie,sibukkan bulan posa ni..tak cukup masa

    ReplyDelete
  16. kucingorengemok...hehe,70an tu lewat tu.....rasanya 60an zaman pop yeh yeh lagi awal!

    ReplyDelete
  17. Manje..abuchang tu ubat kembang sotong,orang taruk masa buat mee kuning,nnt makcik letakkan gambar en abuchang tu:)

    ReplyDelete
  18. gerau...btol..kuih chang yang orang cina buat tu,tp dalam daun buluh kan?rupanya gerau ni satu kapal dgn anak anak cm

    ReplyDelete
  19. hana...bungkus dgn daun buluh jadi kuih chang..rasanya kat Jepun ada jual daun buluh tu..

    ReplyDelete
  20. inahar..nnt cm letak gambar si abuchang ni hihi..jd selebriti pulak dia:)

    ReplyDelete