LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 26, 2009

Murtabak mini

Bahan-bahannya:) 200 gm daging cincang 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu kecil serbuk kari 1/2 sudu teh lada putih 1 tangkai daun ketumbar 1 tangkai daun bawang garam dan gula secukup rasa. 2 biji telur ayam kuli popia secukupnya Cara-caranya:)
  • Bawang besar dan bawang putih dicincang halus.Daun ketumbar dan daun bawang potong kecil-kecil.
  • Panaskan minyak tumiskan bawang cincang sampa naik bau .Masukkan rempah kari (campur sedikit air).Tumis sampai wangi
  • Masukkan daging cincang kacau rata,tambah sedikit air ,letakkan garam dan sedikit gula masak sampai kuahnya kering.
  • Taburkan daun bawang dan daun ketumbar,gaul rata.Biarkan sejuk sedikit baru campurkan telur.
  • Sendukkan inti kedalam kulit popia dan lipat seperti murtabak .Goreng hingga masak tapi jangan guna minyak yang terlalu banyak sebab kulit popia ni serap minyak.Sedap dimakan bersama bawang jeruk.
Kami panggil murtabak segera,tak payah tebar rotinya cepat dan ringkas ,anak lelaki cm yang kecik tu selalu tersasul panggil mentadak dan emak cm panggil moktabak hehe.Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.

11 comments:

  1. salam kak kita mmg suke buat murtabak camgini sonangkan.akak sihat ke?

    ReplyDelete
  2. CM rajin buat muratabak. Tak teringat yg kulit popiah tu boleh buat murtabak.

    ReplyDelete
  3. CM.... skodeng2 umah akak tgh2 mlm ni nampak ade murtabak la... cantekkkkkk...leh tumpang makan x? hehehe

    ReplyDelete
  4. chik mi..alhamdulillah,cm sihat.t.kasih..mmg senang tp manakan sama dgn yang tebar tu!menebar tu satu kepuasan

    ReplyDelete
  5. kakda..murtabak popia ni boleh buat dalam masa kecemasan..cepat

    ReplyDelete
  6. Rishazalia...Alhamdulillah sihat..jika kepenatan berpuasa,menu simple dan ringkas jadi penyelamat

    ReplyDelete
  7. wah...
    xpernah dengar lagi nie
    aa mantadak camnie eh..

    mmmmm....
    mintak resepi yek...

    ReplyDelete
  8. hehe mentadak..ambik la idah,senang je..

    ReplyDelete
  9. Sedapnye CikManggis... nak daging lebey. pose2 nie semua nk lebey jer.hehehe

    ReplyDelete
  10. menggoda...! tapi kalau buat sendiri jenuh juga nak goreng sebab takde kuali leper yang besar :)

    ReplyDelete
  11. cikmgis..kulit popia tu kena cari yg besor pya la eh...nak cuba lah

    ReplyDelete