- Rendam beras pulut dengan abuchang selama 3 jam
- Cuci beras pulut dan toskan airnya
- Masukkan 2 sudu makan beras pulut kedalam kelongsong daun pisang dan bentukkan segitiga.Ikat kemas-kemas dengan tali agar tidak terkeluar semasa merebusnya
- Bila semuanya siap dibungkus,masukkan kedalam periuk.Tuangkan air hingga menutupi kuih.Masukkan beberapa helai daun pandan.
- Rebus hingga masak-oleh kerana cm bungkus dalam saiz yang kecil,ianya ambil masa sejam lebih je untuk kuih masak
- Bila kuih sudah masak toskan airnya dan biar kuih sejuk
- Masukkan sedikit garam kedalam kelapa putih.
- Gaulkan kuih dengan kelapa dan hidangkan bersama sirap gula melaka.
Tuesday, August 25, 2009
Lopes abuchang
Bahan-bahannya:)
300 gm beras pulut
2 inci abuchang
Air secukupnya
gula melaka-masak denga daun pandan hingga jadi sirap pekat
Kelapa parut secukupnya-putih sahaja
sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Tali rafia
Cara-caranya:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pestaim dgr lopes abuchang ni CM... berbalut balut cam ketupat pon ade tu.
ReplyDeletecm..lepas solat teraweh mesti nak pekena bende manis2 sket lopes ni sesuailah..ada lg tak..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletecikmanggis kita sama macam ijan pestaim dengar lopes abuchang ni...hehe... ada dalam kamus dewan ke ni cikmanggis..hehe gurau je..
Sedappp kueh lopez, kita suka sangat!
salam cm.. wah! buat lopes abuchang eh..cam orang singapura jerk..sedare2 min belah singapura kalau buat lopes mmg la rendam abuchang dulu.. sedapkan..
ReplyDeletecm..min malas masak hari ni..nak berbuka umah cm boleh taaakkkk?..
Salam Akak CM...kita pun tak pernak makan lopez Abu Chang ni...lopez yg biasa tu pernah le....nak sikit ...malam karang le..sekarang tak boleh le!
ReplyDeletelawa lopes duduk dalam pinggan klasik tu... mcm gambar tahun 1974, kak! :)
ReplyDeletemakcik,
ReplyDeleteabuchang tu bahan ape?
rupanya cmne?
manje teringin nak makan lopes nie..
tekak bulan puasa ni memang bermacam2 hendaknye~
Ni sebiji kuih Chang yang ala-ala tok nenek gerau makan. Mesti best ni. Rajinnya cik manggis, membungkus-bungkus. Kalau gerau, mesti rajin bungkus 2 bungkus je, yang lain mesti terbengkalai.
ReplyDeletewaaaaaaaaa lopes akak lagik dasattt!! syoknyer mkn yg bungkus daun pisang nih kan kak! adoiyaii terliur lagik dbuatnyer! ngeeeee
ReplyDeletesalam cikmanggis..laa abuchang tu apa ek?? pestaim dengor nih!
ReplyDeleteijan..abuchang tu nama glemer hihi
ReplyDeletelepas terawih cari moreh kat dapur,cari saki baki kuih
ReplyDeletesalam fzi...abuchang tu nama nak kasi gempaq gitu :)
ReplyDeletemamamin..mmg sedap min,liat-liat gitu,lopes pandan tu kadangkala peroi sket.
ReplyDeletesalam watierman..lama tak nampak kelibat watie,sibukkan bulan posa ni..tak cukup masa
ReplyDeletekucingorengemok...hehe,70an tu lewat tu.....rasanya 60an zaman pop yeh yeh lagi awal!
ReplyDeleteManje..abuchang tu ubat kembang sotong,orang taruk masa buat mee kuning,nnt makcik letakkan gambar en abuchang tu:)
ReplyDeletegerau...btol..kuih chang yang orang cina buat tu,tp dalam daun buluh kan?rupanya gerau ni satu kapal dgn anak anak cm
ReplyDeletehana...bungkus dgn daun buluh jadi kuih chang..rasanya kat Jepun ada jual daun buluh tu..
ReplyDeleteinahar..nnt cm letak gambar si abuchang ni hihi..jd selebriti pulak dia:)
ReplyDelete