LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, July 19, 2009

Roti Oats

Hari ni tak berapa rajin nak ambil gambar..orang kelantan cakap"pukul gambar" hihi,lihat lah pinggan dan cawan teh tu..jika pakaian memang orang cakap"tak matching"gitu...baju coklat kasutnya pulak warna biru :) Roti oats ni boleh tahan jugak gebunya.Cikmanggis cicah dengan kuah kari..ok rasanya pun boleh tahan.......sekarang ni......masa dok menaip ni hanya tinggal 4 ketul lagi roti kat dapur tu..sambutan hangat jugak tu! Salam semua.Semasa terjah rumah cikmatgebu@cmg tadi terserempak dengan roti oats.Biasa lah jika cmg punya hasil tangan sangat cantik,kalah The Loaf kat Pavilion tu..ahakks..jangan marah cik mat ya....cikmanggis terus ambil resepinya dan ubah suai sikit sebab cmg dah warning,roti oats tu manis....jika nak cicah kuah kari,..... manis tak berapa ngam la kan... Bahan-bahannya:) 500 gm tepung roti 1 biji telur grade A 70 gm gula(asalnya 125gm gula) 50 gm oats 230 ml air sejuk dari peti ais 1/2 tsp vanila 15 gm yis segera 15 gm susu tepung 10 gm garam 1 tsp b.improver 1 tsp b.softerner 15 gm butter 15 gm lemak sayur Cara-caranya:) Masukkan semua bahan-bahan kering kedalam mesin roti biar dia gaul rata baru masukkan air dan telur.Last sekali masukkan lemak sayur dan butter.bila dan siap uli biarkan doh rehat sekejap.Apabila doh dah naik double uli lagi.Kemudian bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang dikehendaki,Sapukan dengan susu segar dan taburkan dengan oats.Biarkan sekejap...bila roti dah naik boleh lah dibakar sampai masak atau warnanya keemasan.

4 comments:

  1. kak sy datang nak tuko roti ni cantik la roti akak hak sy tu bnyk lagi kena perbaiki

    ReplyDelete
  2. Orang kate pakai baju kaler lain kasut kaler CERIA Cik Manggis.. hhehehe

    ReplyDelete
  3. Chik Mi..ok tu chik mi...slow n steady...lama-lama mahir.

    ReplyDelete
  4. ijan...anak cikmanggis cakap ..sekarang orang tak ikut warna matching ke tak..main pakai je..meriah :)

    ReplyDelete