LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, April 3, 2009

My first Tiramisu

Dah lama teringin nak makan tiramisu...pada mulanya nak beli je kat secret recipe tapi entah kenapa rasa nak cuba buat sendiri.Datin el selalu cakap senang je membuatnya dan rasa lebih sedap dari kedai jadi ini lah hasilnya.Kita guna resepi dari buku Alex Goh ..best friend kita buku Alex ni hehe. Hasilnya sangat lumayan,tak tahulah siapa yang akan tolong habiskan ni :-) Bahan bahannya:)p (A) 2 biji kuning telur 1/2 biji telur(sebiji telur dikacau dgn sudu baru bahagi 2) 50 gm gula halus (B) 250 gm keju mascarpone(saya guna cream cheese philadelphia) (C) 1 1/4 tbsp serbuk gelatine 40 ml air (D) 200 gm krim putar 2 bungkus sponge finger biskut seperti dalam gambar diatas Sirap kopi: 150 ml air 80 gm gula(air mendidih) 4 sudu besar instant coffee powder(bancuh sampai gula larut) Cara-caranya:)p
  • putar (A) sehingga lembut
  • Campur (B) dan adun sampai sebati
  • Tambah(C) dan cairkan dgn mereneh ( saya guna cara double boiled).Campur (C) dalam adunan dan adun sampai sebati
  • Campur (D) dan gaul rata-rata
  • Lembabkan jejari sponge dengan sirap kopi dan susun dalam 9" cake ring.
  • Tuangkan 1/2 adunan keju keatas .
  • Lapiskan sponge fingers lembab seperti yang pertama tadi dan tuang baki adunan keju tadi.
  • Simpan dalam petisejuk sehingga keras.
  • Hiaskan mengikut selera masing masing.

8 comments:

  1. wah, cikmanggis meriahnya kek ni dah boleh bukak kedai nih..tahniah.

    ReplyDelete
  2. Ye la cik manggis..best tgk kek ni cantik sgt susunatur deconya..mcm syg plak nak mkn...

    ReplyDelete
  3. waduh cikmanggis..ni yg jeles nih!kek tiramisunye penuh accessories..pergh! tp mana resipinye cikmanggis? tapi nnti kena beli gak la buku alex goh ni..selalu sy cilok baca kt kedai je..hehehe!!

    ReplyDelete
  4. datin el;....terima kasih atas tunjuk ajar!

    ReplyDelete
  5. mummylyssa:...kita guna bahan bahan yang ada dalam peti ais ,mana yang tercapai!hehe

    ReplyDelete
  6. inahar...cikmanggis dah letak resepinya,sori semalam tak sempat!..Baru rasa tiramisu ni,sedap mmg sedap cam datin el cakap tu

    ReplyDelete
  7. ui.. sedapnya kek itu!! dh habis ke belum? :)
    tq ye.. wishkan bday t!! t amat2 menghargainya tau! :)

    ReplyDelete
  8. saya boleh tolong habiskan.. eheheh.. tumpang lalu.. :D

    ReplyDelete