LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 7, 2009

Manggo Mousse

Petang tadi cikmanggis ke pasar tani dan membeli beberapa biji buah mangga siam.Semasa mancuba buahnya kat rumah teringin pulak nak makan mousse mangga...kebetulan semalam kita telah menyalin resepi manggo mousse dari blog my resepi.Tuan asal resepi ni adalah YANI.Terima kasih yani sebab resepinya sangat sedap.Sangat sesuai sebagai pencuci mulut. Bahan-bahannya: 200 gm plain yogurt 100 gm susu cair (saya guna susu segar) 16 gm gula pasir 2 biji buah mangga yang masak 1 1/2 sudu teh gelatin larutkan dengan sedikit air panas Cara-caranya: Blend isi mangga,susu,yogurt dan gula pasir sampai sebati dan masukkan larutan gelatine tadi.Tuangkan kedalam bekas yang anda suka dan masukkan dalam peti sejuk.Apabila hendak memakannya boleh letakkan potongan mangga sebagai hiasan atau sebelum anda masukkan dalam peti sejuk bolehlah calitkan sedikit pewarna makanan warna merah dan buatlah corak yang anda mahu.

No comments:

Post a Comment