LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 26, 2009

marble chocolate cheese brownies 2nd try....

Sambutan terhadap brownies ni sangat bagus jadi CM buat lagi semalam untuk anak CM bawa ketempat kerjanya.Misi- misi kat tempat kerjanya sangat suka...ada yang nak buat tempahan tapi Cm ni memang bukan kaki berniaga hehe..sedekah je lah..maybe lain kali bolehla CM berniaga brownies ni..anak-anak bagi komen,yang coraknya dah improve sikit ..hehe Resepinya Cm tempek dari blog Rinnchan...terima kasih Rinn,kawan anak cm nak resepi ni...dorang kata kek ni sedap!

  MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :

250g butter
 1 cwn serbuk koko
 3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair
 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
 1 tsp baking powder 
1 tsp soda bikarbonate 
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
 2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
 3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
 4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
 5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.

 6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
 7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese: 

250g cream cheese
 1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
 2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
 3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. 

Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

6 comments:

  1. Salam ujung minggu Cik Manggis!Cantiknya corak brownies tuh!Btw, kerutub tu mengingatkan Ultramama pd ibu tersayang yg berada nun di Kelantan.Setiap kali dtg Penang, mesti mama bw rempah kerutub byk2!Uwaaa!Bilala nk blk Kelantan nih...

    ReplyDelete
  2. Ya la..bila balik kelantan kita beli banyak banyak..kat kl susah nak dapat!

    ReplyDelete
  3. alahai cikmanggis..mmg yummy tul nengokkan brownies nih! kita x brape sihat nih..tu psl dh lama x jenjalan umah member2 tp keje ttp keje..arini masuk keje ptg tu la sempat menjenguk kengkawan!

    ReplyDelete
  4. sdey tau kelate kalah bola semalam...porah! org kelate sokong s'ngor..hehe..jgn mare eh..sket brownies..

    ReplyDelete
  5. amboii menariknya brownies makcik..
    nak amik sikit boleh?
    heheh..dah abis minggu berdiet nih..
    kekekeke

    ReplyDelete
  6. kalau khalilah ngan maeton dtg, anty watkanlah brownies nih..

    selera giler tgk corak die..
    dah lah cheese..

    mlm nih tido termimpi2.hehehe

    ReplyDelete