LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, April 10, 2009

Lompat tikam & tepung pelita ( dua dalam satu)

Entah kenapa tekak ni asyik nak makan kuih manis manis je,anak anak dah bagi warning supaya hati hati dengan jumlah gula dalam setiap makanan yang diambil.Kuih kuih tradisi memang sedap tapi kandungan gula dan santannya sangat tinggi,jika kurang, rasa kurang ummp la pulak. Hari ni pagi pagi lagi kita masuk "ofis" kacau tepung beras untuk buat lompat tikam.Bila dah siap kacau dapat idea baru pulak..ting!...hehe adunan tepung ni boleh jugak dibuat tepung pelita.Resepi lebih kurang je.Untuk mendapatkan daun pisang satu masalah besar bagi cikmanggis.Pokok pisang yang ditanam hidup segan mati tak mahu!...jadi kita hanya menggunakan cawan plastik yng selalu diisi dengan dadih tu..ok la jugak:)

 Bahan bahan bahannya:)

 1 cawan tepung beras
 Secubit kapur
5 cawan air blend dengan beberapa helai daun pandan dan tapis

 Cara-caranya:

 Satukan dalam kuali bahan bahan diatas dan kacau dengan api yang perlahan.Kacau sampai mendidih dan apabila warna tepung tu berkilat bolehlah di masukkan dalam cawan plastik.

Untuk membuat lompat tikam kita hanya sudukan dua sudu makan adunan tepung tadi dan sedikit sirap gula melaka dan ketepikan tetapi untuk tepung pelita,isikan bekas plastik dengan 1/2 sudu teh gula pasir baru dituangkan adunan tepung beras tadi kedalamnya.

 Bahan-bahan untuk kepala santan:
 1/2 biji kelapa jadikan 2 cawan santan.
2 tbsp tepung beras
Sedikit garam
 Sehelai daun pandan

 Cara- caranya:
 Satukan bahan bahan diatas kedalam kuali dan masak dengan api yang sederhana dan kacau perlahan lahan.Apabila ianya mendidih dan mula memekat bolehlan dimatikan apinya.Tuangkan 2 atau 3 sudu makan kepala santan kedalam bekas yang berisi lompat tikam dan tepung pelita.Sejukkan.(resepi ni saya ubah suai dari resepi YANI my resipi)

8 comments:

  1. Main lompat rambut secekak,
    Lompat melalui kolam,
    terus lompat kat dapur akak,
    rupanya ada si Lompat Tikam...

    ReplyDelete
  2. Lompat sikatak lompat,
    Lompat kedalam paya,
    Cepatlah adik cepat,
    Makan lompat tikan & tepung pelita :)p

    Terima kasih kerana sudi lompat kat dapur akak ni..oopocot! terkejut kita hehe

    ReplyDelete
  3. oops salah eja la pulah..lompat tikam!

    ReplyDelete
  4. lompat kedalam paya
    termasuk mulut buaya
    klu ada lagi tepung pelita
    bak semangkuk bagi kat saya.

    tumpang pantun mengendeng..hehe

    p/s kite nak balik kg petang ni..jb.

    ReplyDelete
  5. waa..berpantun2 lompat tikam lagi
    semuanya kat sini yea..
    heheh..nnt nk try buat laa,
    sekarang ni balik keje je
    semua da ada atas meja, kena tgu
    cuti baru boleh main masak2...

    ReplyDelete
  6. manje makcik ada masalah sket dgn image followers...hilang ni,tak dapat nak masuk balik image followers huhu orang tua mmg tak tau komputer help!

    ReplyDelete
  7. cikmanggis...semenye yg manis semestinye sodaaapp!! abih camno??

    ReplyDelete
  8. inahar..selamat hari jadi utk your hubby ye...tak sempat lawat blog inahar,umah kita ni ada masalah sket...hehe..orang tua tak mahir komputer,terdelete amende entah....followers pun tak bleh tengok but I learnt computer thru trial and error,slow and steady!kihkih

    ReplyDelete