LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 9, 2009

kuih lopez

Semasa menonton tv 3 semalam ada demostrasi membuat lopez...tak lah susah sangat procedurenya cuma mengambil masa lama semasa merebusnya.Beras pulut direndam lebih kurang sejam.Toskan baru dibalut dengan daun pisang berbentuk 3 segi dan semat dengan lidi kemas kemas.Semasa merendam pulut tu bubuhkan sedikit pewarna hijau. Rebus balutan beras pulut tu selama 3 jam dan masukkan beberapa helai daun pandan ke dalam air rebusan pulut tadi untuk membangkitkan bau pandan pada lopez tadi. Untuk sirap gulanya,campurkan gula pasir dan gula melaka .Larutkan dengan sedikit air dan masukkan sehelai daun pandan ( airnya mengikut kepekatan dan kemanisan yang anda inginkan. )Untuk kelapanya cikmanggis panaskan kelapa parut putih dalam microwave oven jap dan gaul dengan sedikit garam baru digolekkan dengan lopez tadi .oh ya...oleh kerana sukar nak dapatkan daun pisang cikmanggis bungkus pulut dengan plastik seperti membuat nasi himpit segera tapi pulutnya diisi hampir penuh dan tidak terlalu padat.

5 comments:

  1. cikmanggis rasa macam nak gi umah cikmanggis la ni juga..

    ReplyDelete
  2. cik manggis...kenyal tak lopes nih.dulu masa arwah mak ade,dia kalau buat lopes nih rendam pulut ngan abucang.tulah kan masa orgtua ade tak nak belajar,,,niler jadinye beli jer kalau teragak tapi payah nak dapat kan

    ReplyDelete
  3. makcik..
    cik manje da boleh online skang..
    yahoo..berjumpa kembali..
    kekekeke

    ReplyDelete
  4. cikmanggis..alamak lopesla pulak..kita ni kan mana leh tgk pulut..mmg pantang..mesti nk ngapp!!!

    ReplyDelete
  5. datin...mai rumah kita...rumah betul,bukam rumah cyber!...nak makan apa? hehe

    Kakasma...tak kenyal la lopez ni,biasa biasa cam kat kedai tu je,jika ada resepi lopez yang kenyal tu,kongsi resepi ya..sedap!

    Manje...mana kamu pergi nih! rindu la makcik!pada manje

    Inahar...mai makan pulut!hehe

    ReplyDelete