LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, April 17, 2009

Kuih Pau

Bahan-bahannya:)
  • 240 gm tepung hong kong (saya guna tepung gandum biasa)
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp yis segera
  • 25 gm lemak sayur
  • 100 ml air suam*
  • 30 gm gula halus*
  • 1/2 tsp cuka *
Cara-caranya:) Air suam,gula halus dan cuka dicampur dan kacau sampai gula larut dan ketepikan. Campurkan semua bahan-bahan iaitu tepung,garam,yis dan lemak sayuran. Masukkan air yang dikacau dgn gula serta cuka tadi kedalam adunan tepung. Uli sampai sebati dan tidak melekat ditangan.Biarkan adunan naik sampai double saiz asal. Bentukkan kepada lapan ketulan kecil.Isikan inti dan biarkan dia naik sekejap baru dikukus. Saya gunakan inti kacang merah dan tuna kari dengan kentang . Untuk resepi intinya boleh didapati di"myresipi" pau oleh mat gebu (sumber resepi dari Cik Mat Gebu)

5 comments:

  1. wah..gebunya pau ni cikmanggis...

    ReplyDelete
  2. Datin..mana tak gebu,kita ambik resepi mat gebu kihkih

    ReplyDelete
  3. lamanya tak makan pau..
    skang tengah musim berdiet..
    kena lupakan sekejap semua ini..
    aduhhh!

    ReplyDelete
  4. MaNjE..makan pau tak gemuk,jangan risau!:)

    ReplyDelete