LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 16, 2009

Tsunami

Petang ni cikmanggis tak buat apa apa,sekali sekala dok perbetulkan jari jemari yang dah kematu hasil kerja keras didapur..hehe.Masa belek belek album anak ketiga cikmanggis terjumpa gambar gambar ni.Anak ketiga cikmanggis sangat aktif dalam membuat kerja amal...kemanusiaan.Selepas tsunami di Aceh dulu dia dan beberapa rakan doktor yang bergiat dalam pesatuan Doktor Islam Malaysia telah pergi ke Aceh untuk misi kemanusiaan itu. Ini adalah antara gambar gambar yang sangat menarik perhatian cikmanggis .Teringat kembali camana risaunya cikmanggis semasa anak perempuan cikmanggis berada di Aceh.Keadaan belum pulih sepenuhnya.Masih ada gegaran kecil berlaku.Tiap tiap malam cikmanggis tunggu depan tv untuk mendengar berita takut takut Tsunami melanda lagi.Alhamdulillah anak cikmanggis kembali dengan selamatnya.Masa tu beliau masih lagi pelajar jurusan perubatan...dan sekarang akan memulakan tugas di hospital Oldam Manchester uk pada julai ni.Syukur alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment