LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, January 21, 2009

Donut





Hari ni kawan kawan anak perempuan kedua cikmanggis datang makan tengahari di rumah,beliau ialah Ina,Nik dan Bal.sungguh meriah terutama dengan adanya Bal yang sangat ramah tamah orangnya.Sebenarnya kedatangan mereka tidak dirancang lebih awal,kebetulan saja,jadi cikmanggis masak masakan apa bahan bahan yang ada dalam peti ais je....masak nasi,goreng telur,kari ikan tenggiri dan dua jenis sayur...pembuka seleranya adalah sambal tempoyak..hehe ....sebelum mereka bertolak ke jpa mereka bersalaman dengan cikmanggis,hmmm bayangkan semasa mereka mencium tangan cikmanggis masih ada sisa bau tempoyak di tangan...kihkih

Petang ni cikmanggis rancang untuk membuat donat kegemaran anak lelaki cikmanggis.Harap harap akan dapat hasil donat yang sangat enak.Banyak resepi yang cikmanggis cuba tetapi yang paling baik hasilnya ialah dari buku resepi Alex Goh,The World Of Bread....resepinya sangat senang,cikmanggis menguli donat dengan menggunakan mesen roti,senang dan cepat .

Dalam entry ni cikmanggis ingin berkongsi resepi donat Alex Goh ...

Donat

{A}

300 g Tepung roti
200 g tepung gandum
10 g garam
60 g gula halus
20 g tepung susu
1/2 sudu besar serbuk penaik
3 1/2 sudu kecil yis segera
{B}
2 biji kuning telur
280 ml air sejuk

{C}
50 g lemak sayuran

Cara cara:

1.Adun (A) sehingga sebati.Campur (B) dan uli sehingga menjadi doh.
2.Tambah(C) dan uli doh sehingga lembut.
3.Tutup doh dengan kain lembab dan biar ia naik selama 45 minit
4.Bentukkan menjadi bebola dan biar sebentar selama 15 minit
5.Canaikan sehingga kepingan nipis ,lebih kurang 10 mm tebal dan dan terap dengan acuan donat
6.Letak donat dalam dulang yang di tabur dengan sedikit tepung ,tutup dengan kain lembab biar naik selama 35 minit
7.Goreng donat sehingga masak dan salut dengan gula halus

No comments:

Post a Comment