LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, January 21, 2009

Hadiah - cupcake!

Besok akan bermula tahun baru 2009,Cikmanggis harap dapat berkongsi resepi dengan kawan kawan yang mempunyai minat yang sama dalam bidang masakan,Hanieliza dan Mat Gebu adalah penyumbang atau pendorong pada cikmanggis untuk memulakan hobi mengumpul resepi resepi terpilih untuk dimuatkan disini. Memasak dan mencuba resepi baru amat mengasyikkan terutama apabila ada orang yang sudi mencuba hasilnya,selalunya anak anak dan suami cimanggis yang menjadi mangsa jika resepi yang baru dicuba tidak menjadi.Cikmanggis tidak pernah berputus asa dan hasilnya anak anak dan suami memuji masakan cikmanggis. Cikmanggis amat berterima kasih pada seorang kenalan rapat iaitu ibu Stephy yang sudi memberi resepi yang sangat istimewa Kroket kentang ,sangat istimewa dan lain dari yang lain,menjadi kegemaran kanak kanak dan sahabat handai yang pernah mencubanya.Insyallah cikmanggis akan kongsi resepi yang sangat istimewa ini . Selain kuih muih cikmanggis sangat suka memasak lauk pauk kerana peminatnya telah sedia ada ,masak untuk menu harian di rumah terutamanya dimusim cuti sekolah ni,ramai penyokongnya. Oh ya satu lagi yang menjadi kegilaan cikmanggis ialah cupcakes...wonderful world of cupcakes....walaupun banyak kali gagal mendapatkan hasil yang baik,cikmanggis tak pernah berputus asa.Penyokong kuat cikmanggis adalah anak ketiga cikmanggis yang berada di uk,dia tidak pernah jemu memberi galakan,terbaru anak cikmanggis menghantar dua buah buku terbaru tentang cupcakes....CUPCAKE magic danCUPCAKE heaven.Anak perempuan kedua cikmanggis pula selalu membeli peralatan untuk cupcake... Okay,ini adalah entry pertama cikmanggis,walaupun agak kekok menggunakan komputer tapi cikmanggis berharap akan memperbaiki dari masa ke semasa,belajar dari kesilapan dan tidak akan berputus asa...Wasallam

No comments:

Post a Comment