Baru siap mengukus apam dot dot :).Pertama kali buat dulu apamnya agak keras apabila sejuk.Tak tahu lah apa masalahnya.Salah bancuhan ke atau salah masa mengukus sebab orang lain buat menjadi je...Kali ini Alhamdulillah,gebu je apamnya cuma ada sebahagian apam tu merekah seperti kerang busuk hehe kerana kesilapan Cm yang mengukus dengan api yang sangat kuat...bukan salah resipi tetapi salah Cm yang tak sabar nak cepat siap.
Bahan-bahannya:
3 biji telur.-sejuk.
275 gm tepung gandum.
220 gm gula halus.
1 tsp ovalete.
3 tsp baking powder.
150 ml susu segar.
Filling blueberry secukupnya.
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan-bahan di atas( kecuali blueberry filling) ke dalam mangkuk pengadun dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih warnanya.
- Bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
- Masukkan kedalam piping beg yang berasingan bagi setiap warna dan ikat kemas-kemas.
- Alaskan paper cup yang bersaiz kecil ke dalam bekas yang sesuai atau seperti bekas diatas.
- Kemudian pipe kan 1/2 adunan kedalam paper cup tadi, baru di pipe kan inti blueberry diatasnya.Akhir sekali isikan adunan menutupi intinya .
- Hiaskan dengan titisan warna yang anda suka mengikut kreativiti masing-masing.
- Kukus dengan api yang perlahan selama 10-15 minit atau sehingga apam masak.
Jika ada kawan-kawan yang mahir atau ada resipi lain yang lebih menarik,harap dapat..kongsi resipi atau kongsi petua ya agar dapat memperbaiki mana yang kurang...
Sebenarnya Cm bercadang untuk buat apam ni sekali lagi pada hujung minggu ini untuk di bawa sebagai buah tangan ke majlis akad nikah anak perempuan kawan Cm.Rasanya dah ok tetapi rupanya tak berapa cun :(






