LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts sorted by relevance for query apam polka dot. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query apam polka dot. Sort by date Show all posts

Friday, October 28, 2011

Apam Polka Dot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apam Polka Dot.Satu ketika dulu apam ni sangat famous.Ramai kawan kawan bloggers yang dah buat.Kemudian bertukar rupa jadi Apam Ladybird:).Pastinya kanak- kanaklah  yang sangat suka dengan corak dan warna-warna yang ceria begini.Cm ambil resepi dari blog Hana .Terima kasih Hana:)

Bahan-bahannya:

3 biji telur-dari peti sejuk.
275 gm tepung gandum.
220 gm gula halus.
150 gm susu segar.
3 tsp baking powder.
1 tsp penuh ovalet.
Filling blueberry secukupnya-isikan kedalam piping beg.
Pewarna-mengikut selera masing-masing.
Cara-caranya:

  • Masukkan semua bahan-bahan di atas kedalam mixer dan pukul hingga gebu.
  • Bahagikan kepada  beberapa bahagian  dan masukkan sedikit warna pilihan anda.
  • Isikan kedalam piping bag.
  • Picitkan sedikit  adunan  kedalam cawan kertas yang disusun  dalam acuan lompang.Kemudian picitkan blueberry filling.Lepas tu picitkan adunan tadi agak agak 3/4 penuh.
  • Buatlah dot dot dengan warna yang agak terang ke atas adunan tadi agar nampak lebih jelas.
  • Kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Khas buat adinda ku ilahjy dengan pertanyaan,cantik tak bekas tu hehe.Terima kasih Ilah:).Oh ya mengikut pesanan  Hana api untuk mengukus jangan terlalu besar takut apam akan merekah.

Komen:Apabila sejuk apam dot dot ini agak keras.Kena kukus sekali lagi jika nak makan:(

Wednesday, September 26, 2012

Apam Polka Dot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru siap mengukus apam dot dot :).Pertama kali buat dulu apamnya agak keras apabila sejuk.Tak tahu lah apa masalahnya.Salah bancuhan ke atau salah masa mengukus sebab orang lain buat menjadi je...Kali ini Alhamdulillah,gebu je apamnya cuma ada sebahagian apam tu merekah seperti kerang busuk hehe kerana kesilapan Cm yang mengukus dengan api yang sangat kuat...bukan salah resipi tetapi salah Cm yang tak sabar nak cepat siap.
Bahan-bahannya:

3 biji telur.-sejuk.
275 gm tepung gandum.
220 gm gula halus.
1 tsp ovalete.
3 tsp baking powder.
150 ml susu segar.

Filling blueberry secukupnya.


Cara-caranya:



  • Satukan semua bahan-bahan di atas( kecuali blueberry filling) ke dalam mangkuk pengadun dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih warnanya.
  • Bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
  • Masukkan kedalam piping beg yang berasingan bagi setiap warna  dan ikat kemas-kemas.
  • Alaskan paper cup  yang bersaiz kecil ke dalam bekas yang sesuai atau seperti bekas diatas.
  • Kemudian pipe kan 1/2 adunan kedalam paper cup tadi, baru di pipe kan inti blueberry diatasnya.Akhir sekali isikan adunan menutupi intinya .
  • Hiaskan dengan titisan  warna yang anda suka mengikut kreativiti masing-masing.
  • Kukus dengan api yang perlahan selama 10-15 minit atau sehingga apam masak.
Jika ada kawan-kawan yang mahir atau ada resipi lain yang lebih menarik,harap dapat..kongsi resipi atau kongsi petua ya agar dapat memperbaiki mana yang kurang...

Sebenarnya Cm bercadang untuk buat apam ni sekali lagi pada  hujung minggu ini untuk di bawa sebagai buah tangan ke majlis akad nikah anak perempuan kawan Cm.Rasanya dah ok tetapi rupanya tak berapa cun :(