Bahan-bahannya:
2 keping ikan tenggiri.
A
Bahan-bahan kisar:
5 tangkai cili kering.
1/2 cawan kelapa parut.
7 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inci lengkuas.
4 batang serai.
5 biji cili api (jika suka pedas)
1 tbsp serbuk kari ikan.(bancuh dengan bahan-bahan kisar)
B
Perisa
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Sedikit air asam jawa,
C
Limau kasturi-untuk perahan semasa nak makan.
D
Bahan-bahan untuk di hiris nipis.
Daun kunyit.
Daun kesom.
Daun kaduk.
Ulam Mak Wan.
Ulam raja.
Pucuk mengkudu.
Daun selasih.
Mayang halus(Tinggalkan beberapa helai daun mengkudu ,daun kaduk dan daun kunyit untuk di buat alas.)
E
Daun pisang secukupnya.
Pencungkil gigi.
Cara-caranya:
- Kisar bahan-bahan A sehingga halus.Masukkan rempah kari dan gaul rata.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan garam,gula melaka dan air asam jawa.
- Masak sehingga pekat.Ketepikan.
- Alaskan daun kunyit,daun kaduk dan daun menggkudu di atas daun pisang.
- Taburkan sedikit hirisan daun-daun tadi.
- Letakkan ikan tenggiri.Cm terpaksa kerat dua ikan tenggiri ini kerana daun pisangnya untuk balut terlalu kecik.
Sedapnya cikmanggis.. tapi bab nak cari daun2 tu yg susah nak jumpa kat shah alam ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah daun daun tu semua saya tanam dlm pasu.Jika nk beli mmg susah sikit kena tunggu pasar mlm
Deletesalam kenal,,
ReplyDeletedok blogwalking cari resepi colek malas, terlompat masuk blog ni pulak..banyaknye resepi..nnt boleh singgah selalu lah..thanx sis
-imm-
Terima kasih sudi singgah di dapur makcikmanggis.Mesti org Kelantan ni cari colek malas.Sedap tu ;)
DeleteSedapnyer cik manggis.. mmg peberet ni.. selalu makan mak buat.. nak cuba buat sendiri laa pulak..
ReplyDeletetak sabar nak balik msia T.T
ReplyDeleteDulu masa kat johor selalu makan botok2 ni.
ReplyDeletesalam CM...nekcik pun suka ni..tapi nekcik bubuh kelapa parut. .gaul dengan rempah dan dedaun dan ikan....klau idak semua nak kutip ikan jer..je..he
ReplyDelete