LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, August 19, 2014

Kek Marjerin (kek orang lama )

Kek Marjerin.

Bahan-bahannya:

3 biji telur.
1 cawan marjerin ( Cm guna Planta)
1 cawan gula halus.
2 tbsp susu pekat manis.
2 cawan tepung kek.
1 tsp baking powder.
1 tsp esen vanila.

2 tbsp serbuk koko +2 tbsp air panas.

Cara-caranya:


  • Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan susu pekat manis dan esen vanila dan pukul sehingga sekata.
  • Bahagikan aduan kepada dua bahagian.Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu lagi dicampur dengan bancuhan serbuk koko.
  • Sendukkan adunan yang warna asal ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan sedikit planta serta di alaskan dengan baking paper.Kemudian sendukkan adunan warna coklat ke atasnya.lakukan selang seli sehingga selesai.
  • Bakar sehingga masak.

Resipi asal kek ini sepatutnya mempunyai warna warni yang sungguh meriah.Ada warna merah,hijau serta kuning tetapi Cm cuba kurangkan penggunaan warna tiruan dalam makanan dengan menggantikan dengan serbuk koko..Jika ada pilihan Cm lebih suka menggunakan warna semula jadi.

Dulu-dulu inilah kek yang di hidangkan setiap kali hari raya......nostalgia sungguh !! walaupun bahan-bahannya ringkas tetapi Cm amat menggemarinya...bila makan kek ini terkenang masa kecik-kecik...terkenang zaman dulu-dulu :)......

Ok sebelum Cm mengundur diri Cm nak memperkenalkan pembantu kesayangan ..buah hati..jantung hati Cm ini.Dialah teman setia yang menyebabkan nenek tak sempat nak update blog masak-masak hehe.Masa nak ambik gambar terpaksa berebut piring kuih dengannya kerana dia ingin "membantu"...semoga membesar menjadi anak yang soleh..amin....amin..amin...

13 comments:

  1. Hello, I am Francesca and I'm Italian. Congratulations on the blog, there are so many recipe all to copy. From now on I will follow you. if you want to see me go. Thank you.

    ReplyDelete
  2. Mak kita selalu buat kek ni dulu dulu.
    Wah ada peminat dari itali tu. Macamle dia paham apa ko cakap hiii..
    pinah, ada benih terung telunjuk tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terkojut den kakpah org dr Itali sampai kek dapur den pagi pagi n8 hikhik.
      Takde la kakpah.Cuba pi pasar tani kat upm pagi sabtu.

      Delete
  3. Wow..kek ni geng dengan air sirap. Eh g buat jap la. :)

    ReplyDelete
  4. Salam... nk ty.. tepung kek...tepung ape erk? Klu sy pkai tepung gandum bole ke?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalam mama.. cun kek mama.. dah pernah buat tp nk cuba resepi mama ni plak.. hampir sama jer resepi ni..

    ReplyDelete
  7. Puas google cari kek ni.suami tak ingat nama.nasib baik ada gambar.terima kasih.. dapat gak saya buatkan untuk dia :)

    ReplyDelete
  8. Salam nk tanya suhu oven berapa ye?berapa minit masak?guna api atas bawah ke mcmmn?

    ReplyDelete