LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 13, 2014

Jem Mangga.

Jem Mangga.

Bahan-bahannya:

1 kg mangga yang masak ranum.
3/4 cawan gula pasir.
1 biji jus lemon.
1 cawan air.

Cara-caranya:


  • Kupas kulit mangga dan ambil isinya.Potong kecil.
  • Panaskan gula dalam periuk nonstick sehingga bertali .
  • Masukkan hirisan mangga dan gaul sehingga rata.
  • Kemudian tuangkan air serta jus lemon.
  • Masak sehingga likat sambil dikacau kacau dengan sudip kayu sehingga mangga hancur.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan didalam bekas yang sesuai.
Simpan di dalam peti sejuk.
Alhamdulillah rasa seronok sekali kerana berjaya menyediakan jem mangga sendiri.Setidak-tidaknya kita tahu apakah bahan-bahan yang terkandung didalamnya dan kebersihan insyallah terjamin.Tiada ubat penahan atau pengawet serta pewarna tiruan.Kita boleh kawal kandungan gula di dalamnya mengikut selera kita sendiri.

Pagi ini Cm bersarapan denga dua keping roti yang di sapu dengan jem mangga serta secawan kopi panas tanpa gula.Rasa lebih sedap berganda  kerana Jem yang di sediakan sendiri.Masuk bakul angkat sendiri hehe.

Mari kita sediakan makanan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.Tidak perlu kepakaran atau modal yang besar...hanya sedikit masa dan sedikit "kerajinan" serta semangat untuk hidup sihat dan bebas dari penggunaan bahan-bahan terlarang di dalam makanan harian kita.Ayuh......

6 comments:

  1. kalau di kurangkan gula adakah terjejas 'kualiti rasanya'

    ReplyDelete
  2. Macam senang..nak cuba la nanti acik ^^

    ReplyDelete
  3. Setuju 100%, CM! Boleh tumpang sebotol? hee..hee...hee...

    ReplyDelete
  4. Sekarang musim mangga elok juga kalau dibuat jem.Terima kasih kongsi recepi.

    ReplyDelete
  5. Salam kak CM.. kreatif2. xpenah try lg mkn jem mangga

    ReplyDelete