LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 15, 2014

Popia Pisang Nangka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selalunya kita makan popia yang ada sayur-sayuran tetapi kali ini mari kita ubah selera... sekali sekala mencuba  popia Pisang Nangka.Seorang kawan Cm ,Puan Ha yang bagi idea ini..

Popia Pisang Nangka.

Resipi asal: Puan Ha

Bahan-bahanya :)

Kulit popia
Pisang nangka.
Gula pasir.
Minyak masak untuk deep fry.

Cara-caranya:


  • Pisang di kupas kulit  dan dibelah empat ,kemudian di potong dua menjadikan 8 potong semuanya.
  • Gaulkan dengan sedikit gula pasir.
  • Ambil satu potongan pisang dan balut dengan kulit popia .
  • Goreng sehingga perang.

Alhamdulillah anak-anak pasti suka terutama yang tak suka makan sayur :)..ada rasa masam dan manis.
Nota: Lain kali saya nak cuba masukkan parutan keju .

7 comments:

  1. Pisang nangka memang sedap.... tengok popia inti pisang nangka macam teringin pulak nak cuba! Tambah sedap tu kalu masuk keju. Tq for sharing CM....

    ReplyDelete
  2. mesti sedap ni kan kak nah... kulit popia tu ganti tepong gorengan gitu...
    tp jarang jumpa pisang nangka ni..

    ReplyDelete
  3. sedap ini..boleh try..boleh ganti ngan pisang lain kot cam pisang raja or pisang yg jenis manis kalau tak jumpa pisang nangka.

    ReplyDelete
  4. Salam kak CM.. simple dan sure cepat laku nih..

    ReplyDelete