LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, February 18, 2014

Tauhu Lembut Kukus II

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tauhu Lembut Kukus II

Bahan-bahannya:

1 peket tauhu lembut.
5-6 ekor udang segar-kopek kulit dan potong kecil.
Sedikit jeruk radish-cincang kasar.
4 ulas bawang putih-cincang halus.
Sedikit sos tiram.
Sedikit kicap manis.
Sedikit kicap cair.
Sedikit lada sulah.
Sedikit minyak bijan.
1 tbsp tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
1/2 cawan air.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.

Bahan-bahan untuk tabur.

Cili masak-potong bulat.
Daun bawang-potong kecil.


Cara-caranya:


  • Panaskan minyak .Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan potongan udang dan jeruk radish.Kacau sehingga rata.
  • Kemudian baru masukkan 1/2 cawan air.
  • Masukkan sos tiram,kicap cair,minyak bijan  dan kicap manis.Adjust mengikut selera masing-masing.
  • Tuangkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih sekejap.Jika kuah terlalu pekat tambahkan dengan sedikit air panas.
  • Kukus tauhu selama 10 minit.Kerat 4 agar kuah dapat meresap ke celah-celahnya.
  • Siramkan kuah ke atas tauhu dan taburkan dengan hirisan cili serta daun bawang.
  • Makan ketika masih panas bersama nasi atau makan  begitu sahaja.

5 comments:

  1. saya suka makan tauhu lembut ni...tapi x pandai masak..lepas ni boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kerana ianya sungguh simple dan bahan-bahannya pun tak banyak.

      Delete
  2. Replies
    1. menu yang senang dan berkhasiat.Cuba lah insyallah Nur akan jatuh cinta padanya hehe

      Delete
  3. Tengok ni teringat Abby.
    Tahun lepas dia tak minat makan tofu lembut.
    Sekali bulan ni dia gemar pula tiba-tiba.
    Selalu tofu, papa Abby selalu pakai buat miso sup.
    Makcik pernah cuba agedashi tofu? Sedap juga.

    ReplyDelete